Recipe: Shepherd Pie dan Amat Mudah


Assalamualaikum dan salam Ramadan Al- Mubarak kepada si cantik serta si tampan 
Apa khabar kalian? Bagaimana Ramadan anda? Sekarang kita dah nak hampir ke penghujung Ramadan. Sayu jew rasa nak tinggalkan bulan yang sungguh mulia ini.

Kali nie fiza nak kongsi resepi shepherd pie atau cottage pie ataupun Godam yang dibuat isnin lepas. kelassss gitu ada 3 nama sekali.

Sangat sedap hokay!!!!!

Jom terjah bahan - bahan yang diperlukan.

Mashed potato
* 6-7 biji ubi kentang
*3 cawan susu segar
*5 sudu besar butter
*1 teaspoon serbuk lada hitam
*Garam secukupnya

Mula - mula, buang kulit ubi kentang tersebut dan potong dadu.  Kemudian rebus sehingga empuk.  Bila ubi kentang dah empuk, buang airnya, toskan dan lenyek bersama butter, serbuk lada hitam, susu segar dan garam  sehingga sebati.  Apabila adunan dah sebati, ketepikan dahulu.

Kemudia kita ke bahan-bahan untuk inti.

Bahan untuk inti
*500gm daging kisar atau ayam kisar
*1 biji bawang besar (dipotong dadu)
*2 ulas bawang putih (dicincang halus)
*1 botol kecil sos prego atau tomato puree
*1 biji lobak merah (dipotong dadu)
*2-3 sudu sos cili
*5-6 sudu butter
*Air
*garam secukup rasa
* Mozarella cheese untuk ditabur atau kuning telur

Mula - mula, panaskan periuk dan letak butter. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu dan bawan putih yang dicincang halus.  Setelah naik baunya, masukkan daging kisar atau ayam kisar dan goreng sehingga masak.  Selepas itu, masukkan 1 botol sos prego atau tomato puree, sos cili, lobak merah, air dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati, tunggu ia mendidih dan tutup api.

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

~ 3-4 sudu besar mashed potato diletakkan di mangkuk kaca yang tahan panas atau mangkuk aluminium foil (yang selalu buat lasagna). Sapu mashed potato tadi sehingga rata di bahagian base pie tersebut. 

~Apabila base mashed potato dah rata, masukkan inti yang dimasak tadi di atas base mashed potato. Pastikan ia rata.

~Last but not least, masukkan baki mashed potato yang telah dibuat base tadi di bahagian atas inti. Sapu mashed potato sehingga rata. Tekan dengan sudu agar mashed potato tersebut melekat dengan inti.

~Akhir sekali, nak bagi cantik sikit boleh letak mozarella cheese or cheddar cheese or kuning telur.



~Dan bakar. Bakar pada suhu 150 darjah celcius di microwave selama 30 - 35 minit atau sehingga bahagian mashed potato di atas kekuningan.  Make sure makan masa panas, dah sejuk memang tak sedap hokay!!!

Tarraaaaaa

Hasil air tangan fiza 


Dan bahagian dalamnya.. Superduperliciousyummy =D


Sampai di sini sahaja wahai si cantik dan si ohsem

Selamat mencuba dan Selamat berbuka nanti :)

Bye!


8 comments:

  1. oh my! sedapnyaaaaa... nanti nk try... huaaaaaaaa tengs fiza bg tips

    ReplyDelete
  2. sgt2 sedap.. lg2 mkn masa panas.. try jgn x try ainaa... no problem..

    ReplyDelete
  3. wah, dapnyee... tgk je pun da terliur ni.. huhu

    ReplyDelete
  4. weeee, sangat sedap.. =D nnti ayuni boleh cuba buat. :)

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap dan lazat nie... Disukai ramai..:)

    ReplyDelete
  6. betul ahsan.. sangat sedap.. mkn 1 nak lg dan lagi..hehehe =D

    ReplyDelete
  7. alin marlini; sangat sedap.. t alin boleh cuba buat utk hidangan berbuka.. sngt mudah :)

    ReplyDelete