Mandian Susu bersama Dove




Assalamualaikum  dan Selamat Hari Malaysia  kepada si cantik serta si tampan 

Apa khabar uollss? tengah buat apa petang nie??  Fiza baru lepas ambil order shaklee. Alhamdulillah semakin banyak order. *Fiza Promosi jap..hihihi..   Tetiba rasa nak share dengan uollss tentang mandian susu Dove.

Sebenarnya, sebelum nie fiza pernah menggunakan losyen badan dove dan ternyata ianya sangat - sangat berkesan dan membuat kulit badan fiza menjadi lembap.  Dan sekali lagi, produk Dove membuat fiza jatuh cinta dengannya lagi.  Fiza always put honest opinion on beauty produk sebab produk- produk tersebut bekerja di kulit fiza.

Secara jujur fiza kata, perkara yang selalu kita buat tue la yang dipandang remeh.  Kalau kulit muka memang rajin sangat - sangat dan pastikan ianya lembap tapi kulit badan, ambil sabun sental satu badan dengan apa - apa sabun sehingga kulit kering. Kulit kering tenyeh dengan losyen.. Ish Ish Ish..



Perkenalkan Dove Nourishing Body Wash.


Dove Nourishing Body Wash yang baru ini  hadir dengan formula NutriumMoisture yang telah dirumuskan.  NutriumMoisture adalah formula yang sangat unik.  Ianya menggabungkan bahan pelembab dan bahan nutrisi dalam sabun mandi yang dapat mengembalikan nutrisi kulit sehingga mengurangi kerosakan kulit kita sewaktu mandi.  Jadi kulit kita bukan sahaja bersih malah  terjaga kelembabannya serta terasa halus mulus, lembut dan merawat kecantikan kulit dalam jangka masa yang panjang.  

Sangat - sangat penting bagi kita ialah cara mandian yang betul serta memilih sabun mandi yang mempunyai formula pelembap.  


   Yang merisaukan fiza apabila melakukan aktiviti seharian seperti ke kuliah atau ke pejabat atau keluar berjalan - jalan, di mana cuaca yang tidak menentu serta ke tempat yang berhawa dingin. 
 Dan disebabkan itu, fiza memerlukan produk yang dapat menjaga kelembapan kulit badan.  Tak lupa juga dengan meminum air masak yang secukupnya. 

 Uoollls pun tak nak kan kulit kering dan rosak seperti gambar di bawah nie kan?




Dove Nourishing Body Wash terdiri daripada 3 jenis iaitu:
~ Deeply Nourishing 
~ Revive (pomegranate dan verbena scent)
~ Fresh Touch (cucumber dan tea tree scent)



Fiza dah mencuba Deeply Nourishing dan sekarang tengah menggunakan Revive.  Sangat memuaskan hati fiza. Kulit fiza sangat lembut. Ditambah lagi guna mandian dove dan losyen badan vitamin e losyen digabungkan dengan rosehip oil daripada cosmoderm membuatkan kulit  fiza sangat lembut.


Dengan terhasilnya formula NutriumMoisture, semoga lipid dan protein kulit sentiasa terjaga. Jadi tiada lagi kulit kering selepas ini.


p/s: Jangan sental badan lama - lama taw. Nanti kulit akan jadi kering. Maksima mandi 10-15 minit sahaja.

Sampai di sini sahaja si cantik dan si hensem.

Bye!






8 comments: