Simple Hijab Tutorial for Hari Raya or other Occasion


Assalamualaikum si gojes, jelita, si cantik dan si hensem sekalian 

Apa khabar? sihat tak?

Bagaimana dengan persiapan hari raya gojes dan hensem?
Tema baju raya tahun ini warna apa??
Kuih raya dah buat ke belom??
Duit raya untuk fiza ada tak? =p
Macam - macam pula fiza tanya uollss nie. Hihi

Mesti uollss tengah peningkan nak gayakan hijab yang bagaimana raya tahun nie?? Omaigadd!!! Help!! Help!! *lempang muka baru taw


Memandangkan ada yang request untuk fiza buat tutorial cara fiza berhijab, jadi fiza pun buat video khas untuk uolllsss yang tak tahu raya tahun ini nak gayakan hijab uolllss tue..


Enjoy uollss ^__^


video



Fiza gunakan plain shawl dan hujung shawl tue mesti ada corak or beads yang sangat cantik untuk digayakan. Jangan risau, dalam tutorial ini labuh di depan dan juga di belakang.


Maaf kalau ada kekurangan di dalam video ini.. 


Nanti hasilnya akan jadi seperti ini uollss..



p/s: Sewaktu dinner President Cup UNIKL Debate di MICET, Melaka.



Salam Ramadhan rakan - rakan fiza yang gojes serta cantik dan hensem.. 

~ Bila kamu mengharapkan sesuatu yang terbaik kamu harus mampu untuk berterima kasih kepada sesuatu yang terburuk.

Percayalah hari ini akan lebih indah daripada hari semalam jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.. Insyaallah.. Aamiin~

Selamat pagi uollss yang gojes,cantik dan hensem ^_^


Syukur Alhamdulillah


Assalamualaikum si cantik serta si tampan 
apa khabar semua?? bagaimana ramadhan anda?? 

Sebelum tue, masih belum terlambat kan fiza nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al - Mubarak kepada semua rakan - rakan fiza yang ohsem dan hensem. 

Maaf sekian lama fiza tak hupdate uollsss entry baru. *lempang sikit muka.  Fiza baru sahaja masuk semester baru dan ini juga merupakan semester terakhir fiza di UNIKL MITEC. Uoollss doakan fiza & team berjaya dalam final year project ye.  Aamiin.. 

Berbalik kepada tajuk , fiza sendiri tak jangka muka sendiri terpampang dalam Majalah Dara edisi Ogos.  Tak pernah pula hantar borang dalam majalah nie.. Fiza dapat tahu pun dari rakan - rakan yang beritahu fiza masuk dalam Majalah Dara.  Mula - mula sangat tak percaya tapi bila mama sendiri yang beritahu muka terpampang terus beli majalah Dara dan selak selak dan selak jumpa muka sendiri bahagian atas yang bertanda reben adalah gaya tudung pilihan editor. =D

 Syukur Alhamdulillah. Segan pun ada hihihi...


Nampak tak reben tue??


See, 6 pilihan editor untuk gaya tudung edisi Ogos di Majalah Dara


Nie adalah muka depan Majalah Dara edisi Ogos.. Terima kasih Dara.com

Insyaallah fiza akan buat tutorial cara pemakaian tudung tersebut.. 

Salam ramadhan rakan - rakan fiza yang cantik, ohsem dan hensem.. Jangan lupa sahur & baca niat puasa ya.


Doa sepanjang Ramadhan..

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi).

Terima kasih si cantik dan si hensem :)