Punica Granatum

Salam semua...apa khabar? sihat?
Punica Granatum... Apa benda itu? Punica Granatum adalah nama saintifik bagi buah delima.. Ada sesiapa di sini penggemar buah delima ? Jika ada 

* sila angkat tangan macam saya



Sudah la ya..Mari saya kongsi dengan anda semua khasiat buah delima..
Tahukah anda bahawa buah delima adalah buah yang kaya dengan antioksidan, merangsang pengeluaran kolagen dan menyingkirkan kedutan.




1.  Buah delima banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

2.  Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang sangat berkesan untuk menangani masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk lah cacing gelang, cacing peniti serta cacing kerawit.

3.  Seterusnya, di beberapa kawasan di Iran dan Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah bau mulut.  Ia turut membantu membersihkan mulut dan gigi serta mencegah jangkitan mulut.

4.  Zat besi dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.

5.  Buah delima juga membantu membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai buat mereka yang mengalami masalah batuk.  Jusnya yang masam juga dapat mencegah daripada muntah.

6.  Ada tiga jenis buah delima iaitu delima putih,delima merah dan delima ungu. Namun yang paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah.

7.  Di Asia Barat, buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat sana.


Sangat Sedap 




No comments:

Post a Comment