Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada si cantik dan si tampan ♥
Sangat sedap hokayyyy.. Sekali dah masuk dalam mulut pasti nak lagi dan lagi!!!!
*27 keping biskut cream cracker
Make sure makan sewaktu sejuk taw..
Tarraaaaaaaaaa
Escada Mango
Sampai di sini saja wahai si cantik dan si hensem.
Selamat mencuba dan Selamat berbuka nanti :)
Bye!
Apa khabar semua? Aduhhhh, bersawang sungguh - sungguh - sungguh belog fiza nie. Lepas nie kena hupdate taw fiza.. X hupdate nanti kena denda. Korang denda taw fiza nie... hihi
Bagaimana Ramadhan anda?? sedar tak sedar sudah seminggu kita berpuasa.
Kali nie fiza nak berkongsi resepi Escada Mango yang fiza buat sebelum berpuasa dan hari nie pun buat lagi atas permintaan family... Ampun lambat sangat share resepinya.. Ampunnn..
Sangat sedap hokayyyy.. Sekali dah masuk dalam mulut pasti nak lagi dan lagi!!!!
Ayuh kita terjah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
*27 keping biskut cream cracker
*1 kg - 1.5 kg mangga masak ranum. Korang kupas kulit dan separuh bahagian dipotong dadu dan separuh bahagian di hiris nipis-nipis.
*250 gram Philadelphia Cream Cheese
*300 gram Nestle Cream
*200 ml susu pekat manis. ( Jika inginkan lebih manis boleh tambah sukatan susu pekat manis)
* Bekas persegi ukuran 8 x 8. Kali nie fiza menggunakan bekas bulat tetapi seeloknya menggunakan bekas persegi. Fiza menggunakan loose bottom cake pan supaya mudah keluarkan Escada Mango dari bekasnya.
Penyediaan Escada Mango
1. Masukkan 250 gram Philadelphia Cream Cheese, 300 gram dan 200 ml susu pekat manis dalam mixture bowl dan pukul menggunakan mixer sehingga ianya kembang.
2.Ambil 1 senduk besar campuran cream yang telah dipukul tadi dan tuang merata di bahagian dasar bulat atau persegi.
3. Susun 3 x 3 biskut berjumlah 9 keping. Jika menggunakan bekas bulat, susun biskut di dalam bekas bulat dan ratakan.
4. Kemudian, tuangkan satu senduk lagi campuran cream dan sapu sehingga rata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga yang telah dipotong tadi di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk besar campuran cream tadi dan tuang merata di atas hirisan mangga.
7. Susun lagi 3 x 3 biskut berjumlah 9 keping di bekas persegi.
8. Ulang langkah 4, 5 dan 6 sehingga habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir dan ratakan.
10. Setelah selesai campuran krim yang terakhir, letak potongan dadu mangga di atas campuran cream tersebut.
11. Tutup bekas persegi ataupun bulat tadi dan masukkan Escada Mango ke dalam peti sejuk. Simpan di bahagian beku 1-2 jam.
12. Selepas 1- 2 jam, keluarkan dari peti sejuk, potong dan nikmati Escada Mango ketika sejuk.. Perghhh.. Lazat tak terkata...
Make sure makan sewaktu sejuk taw..
Tarraaaaaaaaaa
Escada Mango
Superduperliciousyummy =D
Selamat mencuba dan Selamat berbuka nanti :)
Bye!
Huishhh sedapnyaaa fiza. Terliur ena tengok mangga kat atas tu. Esok nak cuba buat
ReplyDeletesedap ena.. sekali suap nak lagi dan lagi... dah wat t tag la phyzha... hihihi :)
ReplyDeleteselamat mencuba ena :)
terliur nie..sedap kalau dapat berbuka
ReplyDeletesiti nor jannah boleh la buat esok untuk berbuka nanti :)
ReplyDelete