Recipe : Chicken Quiches



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada si cantik dan si tampan    

Bagaimana Ramadhan anda?? Sedar tak sedar sudah 14 hari kita berpuasa.

 Nampak ada yang dah sibuk membuat persiapan hari raya.

Dalam kita sibuk dengan persiapan raya, saudara Islam kita di sana tiada masa memikirkan tentang persiapan raya.  Tidur malam mereka tidak lena 
kerana risaukan peluru dan bom musuh . Keesokan harinya, bangun awal berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan kerana ingin mencari sekeping dua roti utk sarapan adik - adik kerana mak bapa mereka sudah mati .  Allahuakbar sedih melihat saudara Islam kita di Palestin.


Kita tidak mampu mengangkat senjata, Tapi kita mampu menadah DOA buat mereka serta memberi sumbangan buat mereka.

Moga doa kita semua dimakbulkan Allah Azawajalla... Aamiin ya rabbal alamin.

Sumbangan boleh melalui transfer bank ataupun yang paling mudah melalui SMS.




Kali nie fiza nak berkongsi resepi teramat simple as 1, 2, 3 gtu...
Tak semestinya Ramadhan jew, bukan bulan Ramadhan pun boleh jew sediakan buat keluarga, tetamu atau sahabat handai.

Kalau rasa jemu dengan telur dadar atau scrumble egg, boleh la buat quiche nie.  Fiza memang suka sangat buat quiche nie.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat quiche ::

A
* 6 biji telur
* Isi ayam yang telah dipotong dadu dan digoreng dengan butter
* Paprika merah dipotong dadu
* Tomato dipotong dadu
* 3/4 cup fresh milk
* 2 sudu besar tepung gandum
*Sebiji bawang besar dipotong dadu
* Sedikit italian herbs
* Sedikit arab herbs
*Sedikit serbuk lada hitam
* Sedikit garam
* Sedikit perasa


B
* Sos tomato atau sos cili
* Cheddar cheese



Hasil quiche akan jadi lebih cantik jika menggunakan silicone mold di bawah ini.  Hanya perlu sapu cooking spray dan tuang terus adunan ke dalam mold tersebut dan bakar. 


Cara Penyediaan ::

~ Masukkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.  Pukul bahan A hingga sebati dan kembang.  Setelah ianya kembang, masukkan ke dalam acuan mold tersebut.  Kemudian, letak bahan B dalam acuan mold.  Kuantiti cheese serta sos cili atau sos tomato terpulang pada individu masing-masing.



~Selepas itu, bakar di dalam microwave pada 170 darjah celcius selama 20 sehingga 30 minit.



Duk tengok tengah masak seronoknyaaaa....

Dannn....

Taadddaaaaa....

Inilah dia Quiches by fiza :)


Super duper yummy Creamy..


Sampai di sini saja wahai si ohsem dan si hensem

Berjumpa lagi entry akan datang.

Selamat mencuba dan salam Ramadhan.


Bye!



No comments:

Post a Comment