Recipe : Chicken Quiches



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada si cantik dan si tampan    

Bagaimana Ramadhan anda?? Sedar tak sedar sudah 14 hari kita berpuasa.

 Nampak ada yang dah sibuk membuat persiapan hari raya.

Dalam kita sibuk dengan persiapan raya, saudara Islam kita di sana tiada masa memikirkan tentang persiapan raya.  Tidur malam mereka tidak lena 
kerana risaukan peluru dan bom musuh . Keesokan harinya, bangun awal berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan kerana ingin mencari sekeping dua roti utk sarapan adik - adik kerana mak bapa mereka sudah mati .  Allahuakbar sedih melihat saudara Islam kita di Palestin.


Kita tidak mampu mengangkat senjata, Tapi kita mampu menadah DOA buat mereka serta memberi sumbangan buat mereka.

Moga doa kita semua dimakbulkan Allah Azawajalla... Aamiin ya rabbal alamin.

Sumbangan boleh melalui transfer bank ataupun yang paling mudah melalui SMS.




Kali nie fiza nak berkongsi resepi teramat simple as 1, 2, 3 gtu...
Tak semestinya Ramadhan jew, bukan bulan Ramadhan pun boleh jew sediakan buat keluarga, tetamu atau sahabat handai.

Kalau rasa jemu dengan telur dadar atau scrumble egg, boleh la buat quiche nie.  Fiza memang suka sangat buat quiche nie.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat quiche ::

A
* 6 biji telur
* Isi ayam yang telah dipotong dadu dan digoreng dengan butter
* Paprika merah dipotong dadu
* Tomato dipotong dadu
* 3/4 cup fresh milk
* 2 sudu besar tepung gandum
*Sebiji bawang besar dipotong dadu
* Sedikit italian herbs
* Sedikit arab herbs
*Sedikit serbuk lada hitam
* Sedikit garam
* Sedikit perasa


B
* Sos tomato atau sos cili
* Cheddar cheese



Hasil quiche akan jadi lebih cantik jika menggunakan silicone mold di bawah ini.  Hanya perlu sapu cooking spray dan tuang terus adunan ke dalam mold tersebut dan bakar. 


Cara Penyediaan ::

~ Masukkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.  Pukul bahan A hingga sebati dan kembang.  Setelah ianya kembang, masukkan ke dalam acuan mold tersebut.  Kemudian, letak bahan B dalam acuan mold.  Kuantiti cheese serta sos cili atau sos tomato terpulang pada individu masing-masing.



~Selepas itu, bakar di dalam microwave pada 170 darjah celcius selama 20 sehingga 30 minit.



Duk tengok tengah masak seronoknyaaaa....

Dannn....

Taadddaaaaa....

Inilah dia Quiches by fiza :)


Super duper yummy Creamy..


Sampai di sini saja wahai si ohsem dan si hensem

Berjumpa lagi entry akan datang.

Selamat mencuba dan salam Ramadhan.


Bye!



Recipe : Escada Mango


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada si cantik dan si tampan    


Apa khabar semua? Aduhhhh, bersawang sungguh - sungguh - sungguh belog fiza nie. Lepas nie kena hupdate taw fiza.. X hupdate nanti kena denda.  Korang denda taw fiza nie... hihi


 Bagaimana Ramadhan anda?? sedar tak sedar sudah seminggu kita berpuasa.


Kali nie fiza nak berkongsi resepi Escada Mango yang fiza buat sebelum berpuasa dan hari nie pun buat lagi atas permintaan family... Ampun lambat sangat share resepinya.. Ampunnn..

Sangat sedap hokayyyy.. Sekali dah masuk dalam mulut pasti nak lagi dan lagi!!!!


Ayuh kita terjah bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan-bahan

*27 keping biskut cream cracker

*1 kg - 1.5 kg mangga masak ranum.  Korang kupas kulit dan separuh bahagian dipotong dadu dan separuh bahagian di hiris nipis-nipis.  
*250 gram Philadelphia Cream Cheese
*300 gram Nestle Cream
*200 ml susu pekat manis.  ( Jika inginkan lebih manis boleh tambah sukatan susu pekat manis)
* Bekas persegi ukuran 8 x 8.  Kali nie fiza menggunakan bekas bulat tetapi seeloknya menggunakan bekas persegi.   Fiza menggunakan loose bottom cake pan supaya mudah keluarkan Escada Mango dari bekasnya.






Penyediaan Escada Mango

1. Masukkan 250 gram Philadelphia Cream Cheese, 300 gram dan 200 ml susu pekat manis dalam mixture bowl dan pukul menggunakan mixer sehingga ianya kembang.

2.Ambil 1 senduk besar campuran cream yang telah dipukul tadi dan tuang merata di bahagian dasar bulat atau persegi.

3. Susun 3 x 3 biskut berjumlah 9 keping. Jika menggunakan bekas bulat, susun biskut di dalam bekas bulat dan ratakan.

4. Kemudian, tuangkan satu senduk lagi campuran cream dan sapu sehingga rata di atas susunan biskut.

5. Susun kepingan hirisan mangga yang telah dipotong tadi di atasnya.

6.  Tuangkan satu senduk besar campuran cream tadi dan tuang merata di atas hirisan mangga.

7.  Susun lagi 3 x 3 biskut berjumlah 9 keping di bekas persegi.

8. Ulang langkah 4, 5 dan 6 sehingga habis 27 keping biskut.

9. Tuangkan lebih campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir dan ratakan.

10. Setelah selesai campuran krim yang terakhir, letak potongan dadu mangga di atas campuran cream tersebut.

11. Tutup bekas persegi ataupun bulat tadi dan masukkan Escada Mango ke dalam peti sejuk.  Simpan di bahagian beku 1-2 jam.

12. Selepas 1- 2 jam, keluarkan dari peti sejuk, potong dan nikmati Escada Mango ketika sejuk.. Perghhh.. Lazat tak terkata...

Make sure makan sewaktu sejuk taw..

Tarraaaaaaaaaa

Escada Mango




Superduperliciousyummy =D


Sampai di sini saja wahai si cantik dan si hensem.

Selamat mencuba dan Selamat berbuka nanti :)


Bye!