Hey ladies,
setiap kali datang bulan, kebiasaannya anda akan mengalami premenstrual syndrome (PMS). Pastinya situasi ini menimbulkan rasa tidak senang dan kurang selesa hingga menganggu aktiviti harian anda. Ramai yang tidak sedar, PMS menjadi bertambah teruk kerana kesilapan anda sendiri yang memburukkan lagi keadaan tersebut. Ladies should know Do's and Don'ts during PMS.
sekadar gambar hiasan
DO'S
1. Makan makanan dengan kalsium tinggi
Let me tell you, satu kajian ada menemukan makan makanan berkalsium dan vitamin D yang tinggi memiliki risiko lebih rendah mengalami PMS yang serius. Kerana kalsium akan bekerja di otak untuk meringankan tekanan atau rasa cemas dan dalam masa yang sama, vitamin D boleh memperbaiki perubahan emosi.
2.Makan makanan biji-bijian, protein, buah dan sayur
Jenis - jenis makanan tersebut diketahui kaya dengan kandungan vitamin B. Kajian terbaharu menemukan bahawa perempuan yang banyak mengambil vitamin B1 dan vitamin B2 boleh mengurangkan risiko PMS.
3. Melakukan olahraga ringan
Melakukan olahraga ringan seperti berjalan kaki atau berenang secara teratur sebanyak 3 kali seminggu sebelum datang bulan. Ini dapat membantu menguatkan otot dan sendi sehingga menurunkan risiko terjadinya kejang perut.
DON'TS
1. Melewatkan waktu makan
Ladies you must know this. PMS sangat berkait rapat dengan perubahan emosi. Jadi jika anda melewatkan waktu makan dan membuatkan tubuh menjadi lapar, maka ia akan memburukkan lagi gejala PMS seperti anda lebih mudah marah akibat kadar gula darah yang menurun.
2.Pengambilan gula berlebihan
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan perubahan pada tingkat hormon estrogen dan progesteron yang boleh menurunkan kadar senyawa serotonin di otak. Secara tidak langsung perubahan ini boleh mempengaruhi emosi yang membawa kepada gejala PMS.
3.Garam yang tinggi dalam makanan
Seperti yang kita tahu, hampir setiap makanan yang dimakan pasti mengandungi garam dan sangat sukar menghentikan pengambilannya. Pengambilan garam dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung dan kekurangan air dalam badan yang membuat PMS menjadi semakin serius.
No comments:
Post a Comment