Velvet is red

Velvet is red and red is velvet...what it is actually??


this is Red Velvet...Delicious right?? yummy :)

Actually really want to eat red velvet since a month ago..call mama cakap nak makan red velvet and mama cakap mama tak ada masa and mama suruh tanya kawan-kawan yang tahu dekat kawasan pasir gudang mana ada jual red velvet?? 

Bila tengok facebook, ada rakan satu uni jual red velvet. iman adalah orangnya. Bukan sahaja pandai dari segi akademik malah membuat kek,kuih dan coklat inilah orangnya...hey guys, siapa-siapa nak order choc, nak design sekali boleh order dari iman nie...


Hah!!! This one of the example that iman did..Looks like cup cake right?? 

Here's the red velvet recipes that i got from mama :

INGREDIENTS:
  • 2 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 1/2 cups sugar
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon cocoa powder
  • 1 1/2 cups vegetable oils
  • 1 cup buttermilk, room temperature
  • 2 large eggs, room temperature
  • 2 tablespoons red food coloring
  • 1 teaspoon white distilled vinegar
  • 1 teaspoon vanilla extract

For the Cream Cheese Frosting:

  • 1 pound cream cheese, softened
  • 2 sticks butter, softened
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 4 cups sifted confectioners' sugar
  • Chopped pecans and fresh raspberries or strawberries, for garnish

Directions

Preheat the oven to 350 degrees . Line 2 (12-cup) muffin pans with cupcake papers.
In a medium mixing bowl, sift together the flour, sugar, baking soda, salt, and cocoa powder. In a large bowl gently beat together the oil, buttermilk, eggs, food coloring, vinegar, and vanilla with a handheld electric mixer. Add the sifted dry ingredients to the wet and mix until smooth and thoroughly combined.
Divide the batter evenly among the cupcake tins about 2/3 filled. Bake in oven for about 20 to 22 minutes, turning the pans once, half way through. Test the cupcakes with a toothpick for doneness. Remove from oven and cool completely before frosting.


For the Cream Cheese Frosting:
In a large mixing bowl, beat the cream cheese, butter and vanilla together until smooth. Add the sugar and on low speed, beat until incorporated. Increase the speed to high and mix until very light and fluffy.
Garnish with chopped pecans and a fresh raspberry or strawberry.


P/S: Frost the cupcakes with a butter knife or pipe it on with a big star tip.


thank you iman for the red velvet cupcakes... i love it..


Sangat sedap okay!! you all should try :)

Do's and Don'ts while period ladies.

Hey ladies, 
setiap kali datang bulan, kebiasaannya  anda akan mengalami premenstrual syndrome (PMS).  Pastinya situasi ini menimbulkan rasa tidak senang dan kurang selesa hingga menganggu aktiviti harian anda.  Ramai yang tidak sedar, PMS menjadi bertambah teruk kerana kesilapan anda sendiri yang memburukkan lagi keadaan tersebut.  Ladies should know Do's and Don'ts during PMS.



sekadar gambar hiasan



DO'S

1. Makan makanan dengan kalsium tinggi

Let me tell you, satu kajian ada menemukan makan makanan berkalsium dan vitamin D yang tinggi memiliki risiko lebih rendah mengalami PMS yang serius.  Kerana kalsium akan bekerja di otak untuk meringankan tekanan atau rasa cemas dan dalam masa yang sama, vitamin D boleh memperbaiki perubahan emosi.

2.Makan makanan biji-bijian, protein, buah dan sayur

Jenis - jenis makanan tersebut diketahui kaya dengan kandungan vitamin B.  Kajian terbaharu menemukan bahawa perempuan yang banyak mengambil vitamin B1 dan vitamin B2 boleh mengurangkan risiko PMS.



3. Melakukan olahraga ringan

Melakukan olahraga ringan seperti berjalan kaki atau berenang secara teratur sebanyak 3 kali seminggu sebelum datang bulan.  Ini dapat membantu menguatkan otot dan sendi sehingga menurunkan risiko terjadinya kejang perut.



DON'TS

1. Melewatkan waktu makan

Ladies you must know this.  PMS sangat berkait rapat dengan perubahan emosi.  Jadi jika anda melewatkan waktu makan  dan membuatkan tubuh menjadi lapar, maka ia akan memburukkan lagi gejala PMS seperti anda lebih mudah marah akibat kadar gula darah yang menurun.  

2.Pengambilan gula berlebihan

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan perubahan pada tingkat hormon estrogen dan progesteron yang boleh menurunkan kadar senyawa serotonin di otak.  Secara tidak langsung perubahan ini boleh mempengaruhi emosi yang membawa kepada gejala PMS.



3.Garam yang tinggi dalam makanan

Seperti yang kita tahu, hampir setiap makanan yang dimakan pasti mengandungi garam dan sangat sukar menghentikan pengambilannya.  Pengambilan garam dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung dan kekurangan air dalam badan yang membuat PMS menjadi semakin serius.




Me Time

Apa yang selalu anda lakukan sewaktu "Me Time"??

Setiap hari kerja! kerja ! kerja !... Assignment! Assignment! Assignment !... Stress sehingga tiada waktu untuk merehatkan diri.  Korang  patut memperuntukkan sedikit ruang waktu tersendiri untuk merehatkan diri.  Ruang waktu ini membolehkan korang menghindar dari kepenatan dan recharge your energy.

Kali ini saya membawakan kepada rakn-rakan apa yang perlu kita buat sewaktu "ME TIME"..

Bebas Dari Rasa Bersalah

Sering merasa bersalah di atas kesibukan yang anda lalui?? Tidak perlu ada rasa bersalah jika kamu memang sedar bahawa korang jarang memiliki waktu terluang atau santai. Rasanya tak salah jika korang memanfaatkannya untuk kesenangan sendiri.  Korang juga boleh melakukan perkara yang selama ini korang tundakan.  Contohnya karoeke, berenang, pergi ke spa atau bersantai di tepi pantai.




Matikan Telefon Bimbit

Okay, zaman sekarang siapa yang boleh hidup tanpa handphone?? Cuba beritahu saya?  Sekarang orang yang guna hanphone bukn sahaja golongan remaja atau tua bahkan kanak-kanak juga ada handphone.  Pergi mana-mana mesti dengan handphone. Kalau tak bawa handphone dah mula keluh kesah jadinya. Adoi..  Korang sedar tak dengan adanya handphone, korang sukar memiliki " Me Time".  Jika memiliki hasrat untuk menyendiri, harus merelakan untuk tutup handphone.  Kalau tak nak tutup pun, just tinggalkan dekat bilik pun okay.  Pasti rasa " ME TIME" jika berjalan - jalan tanpa ada sebarang deringan yang bakal mengganggu.  Tiada juga reminder buat korang, sesekali tanpa handphone untuk merasakan "ME TIME" pasti seronok.

Kosongkan Gelas

Saya tak suruh korang kosongkan gelas untuk dapat "ME TIME"..kahkahkah... Kerja yang berlambak sering membuatkan korang merasa masa itu memang tidak boleh disia-siakan begitu sahaja apatah lagi  waaktu 5 minutes break.. OMG!!  Jika korang sedang bersantai - santai, pasti korang terfikir " daripada bersantai lebih baik siapkan kerja yang banyak itu".  HELLO!!! WAKE UP!!!  Dengan kerja yang banyak itu belum tentu boleh selesai dengan cepat.. Ibarat gelas yang sudah penuh, bila diisi ia akan terus tertumpah keluar.  Tubuh kita bukanlah yang sentiasa berfungsi 24 jam.  Ia ada batas untuk menerima semua tugas dan kesibukan yang anda lalui.  Sometimes kita perlu mengosongkan gelas agar terhindar dari stress akibat terlebih bebanan kerja.  

Olahraga Jom

Bersenam dapat melepaskan hormon endorfin yang membantu tubuh menjadi lebih relaks.  Bersenam dapat juga bebas dari stress.  Bila diri stress dari tekanan, maka tidur juga akan menjadi lebih lena dan tubuh juga akan bertambah sihat. I LIKE THIS!!!  Apa kata luangkan sedikit masa pergi ke gym,berenang, main bola keranjang atau apa sahaja jenis sukan yang dapat mengeluarkan peluh.

Lena Sungguh Tidur

Sering sahaja berlaku apabila bangun dari tidur dan lihat jam dah lewat untuk ke kelas serta tergesa - gesa untuk bersiap.   Sesekali bergelung di atas katil sehingga tengah hari tidak akan menjadikan korang seorang yang pemalas.. Memanglah orang kata tak elok bangun sewaktu matahari dah naik atas kepala kita tetapi banyak sebenarnya aktiviti yang boleh korang lakukan selain tidur.  Contohnya membaca buku atau majalah kegemaran korang, melayari laman web yang korang memang gemar buka (facebook , twitter ), mendengar muzik atau tengok DVD.  Masa inilah korang perlu memanjakan diri korang dengan aktiviti - aktiviti yang korang tak sempat lakukan di hari - hari biasa.



Untuk mata panda

Kegemaran

Jika korang rasa tak rela untuk malas berpanjangan, cuba isi masa lapang dengan melakukan hobi yang boleh membuatkan korang melupakan masalah seketika.  Korang boleh buat apa sahaja asalkan mood happy korang itu ada. Makan coklat ke? HAHA!!!! Coklat amat penting buat saya.  Saya akan bawa ke mana - mana. Contohnya memasak, korang boleh mencuba resipi baru apatah lagi kalau resipi baru anda itu menjadi dan sedap.  Selain itu, korang juga boleh pasang lagu kegemaran.  Menyanyi sendirian adalah salah satu teknik yang boleh membantu emosi korang menjadi lebih bahagia dan enjoy.


Sentiasa membawa dove ke mana-mana sahaja

Giving Back

Sewaktu korang mampu memiliki "ME TIME" , tidak ada salahnya jika korang mengisinya dengan melakukan aktiviti sosial.  Melakukan sesuatu perkara untuk orang lain khususnya yang serba kekurangan di sekeliling kita , bakal menjadikan kita tambah bersyukur dengan segala nikmat yang kita miliki. 


Banyakkan "ME TIME" yang korang boleh lakukan??? hahaha, lepas ini boleh cuba.  Fiza, kawan - kawan kau nak sikit coklat dove tue??? Wink Wink!!!