Apa yang selalu anda lakukan sewaktu "Me Time"??
Setiap hari kerja! kerja ! kerja !... Assignment! Assignment! Assignment !... Stress sehingga tiada waktu untuk merehatkan diri. Korang patut memperuntukkan sedikit ruang waktu tersendiri untuk merehatkan diri. Ruang waktu ini membolehkan korang menghindar dari kepenatan dan recharge your energy.
Kali ini saya membawakan kepada rakn-rakan apa yang perlu kita buat sewaktu "ME TIME"..
Bebas Dari Rasa Bersalah
Sering merasa bersalah di atas kesibukan yang anda lalui?? Tidak perlu ada rasa bersalah jika kamu memang sedar bahawa korang jarang memiliki waktu terluang atau santai. Rasanya tak salah jika korang memanfaatkannya untuk kesenangan sendiri. Korang juga boleh melakukan perkara yang selama ini korang tundakan. Contohnya karoeke, berenang, pergi ke spa atau bersantai di tepi pantai.
Matikan Telefon Bimbit
Okay, zaman sekarang siapa yang boleh hidup tanpa handphone?? Cuba beritahu saya? Sekarang orang yang guna hanphone bukn sahaja golongan remaja atau tua bahkan kanak-kanak juga ada handphone. Pergi mana-mana mesti dengan handphone. Kalau tak bawa handphone dah mula keluh kesah jadinya. Adoi.. Korang sedar tak dengan adanya handphone, korang sukar memiliki " Me Time". Jika memiliki hasrat untuk menyendiri, harus merelakan untuk tutup handphone. Kalau tak nak tutup pun, just tinggalkan dekat bilik pun okay. Pasti rasa " ME TIME" jika berjalan - jalan tanpa ada sebarang deringan yang bakal mengganggu. Tiada juga reminder buat korang, sesekali tanpa handphone untuk merasakan "ME TIME" pasti seronok.
Kosongkan Gelas
Saya tak suruh korang kosongkan gelas untuk dapat "ME TIME"..kahkahkah... Kerja yang berlambak sering membuatkan korang merasa masa itu memang tidak boleh disia-siakan begitu sahaja apatah lagi waaktu 5 minutes break.. OMG!! Jika korang sedang bersantai - santai, pasti korang terfikir " daripada bersantai lebih baik siapkan kerja yang banyak itu". HELLO!!! WAKE UP!!! Dengan kerja yang banyak itu belum tentu boleh selesai dengan cepat.. Ibarat gelas yang sudah penuh, bila diisi ia akan terus tertumpah keluar. Tubuh kita bukanlah yang sentiasa berfungsi 24 jam. Ia ada batas untuk menerima semua tugas dan kesibukan yang anda lalui. Sometimes kita perlu mengosongkan gelas agar terhindar dari stress akibat terlebih bebanan kerja.
Olahraga Jom
Bersenam dapat melepaskan hormon endorfin yang membantu tubuh menjadi lebih relaks. Bersenam dapat juga bebas dari stress. Bila diri stress dari tekanan, maka tidur juga akan menjadi lebih lena dan tubuh juga akan bertambah sihat. I LIKE THIS!!! Apa kata luangkan sedikit masa pergi ke gym,berenang, main bola keranjang atau apa sahaja jenis sukan yang dapat mengeluarkan peluh.
Lena Sungguh Tidur
Sering sahaja berlaku apabila bangun dari tidur dan lihat jam dah lewat untuk ke kelas serta tergesa - gesa untuk bersiap. Sesekali bergelung di atas katil sehingga tengah hari tidak akan menjadikan korang seorang yang pemalas.. Memanglah orang kata tak elok bangun sewaktu matahari dah naik atas kepala kita tetapi banyak sebenarnya aktiviti yang boleh korang lakukan selain tidur. Contohnya membaca buku atau majalah kegemaran korang, melayari laman web yang korang memang gemar buka (facebook , twitter ), mendengar muzik atau tengok DVD. Masa inilah korang perlu memanjakan diri korang dengan aktiviti - aktiviti yang korang tak sempat lakukan di hari - hari biasa.
Kegemaran
Jika korang rasa tak rela untuk malas berpanjangan, cuba isi masa lapang dengan melakukan hobi yang boleh membuatkan korang melupakan masalah seketika. Korang boleh buat apa sahaja asalkan mood happy korang itu ada. Makan coklat ke? HAHA!!!! Coklat amat penting buat saya. Saya akan bawa ke mana - mana. Contohnya memasak, korang boleh mencuba resipi baru apatah lagi kalau resipi baru anda itu menjadi dan sedap. Selain itu, korang juga boleh pasang lagu kegemaran. Menyanyi sendirian adalah salah satu teknik yang boleh membantu emosi korang menjadi lebih bahagia dan enjoy.
Sentiasa membawa dove ke mana-mana sahaja
Giving Back
Sewaktu korang mampu memiliki "ME TIME" , tidak ada salahnya jika korang mengisinya dengan melakukan aktiviti sosial. Melakukan sesuatu perkara untuk orang lain khususnya yang serba kekurangan di sekeliling kita , bakal menjadikan kita tambah bersyukur dengan segala nikmat yang kita miliki.
Banyakkan "ME TIME" yang korang boleh lakukan??? hahaha, lepas ini boleh cuba. Fiza, kawan - kawan kau nak sikit coklat dove tue??? Wink Wink!!!