“Rilek the Café Johor Bharu, Café Konsep dalam Hotel. Macam-macam ada! “



Assalamualaikum kepada si cantik dan si tampan    

Phyzha nak share satu cafe yang terbaek di sekitar Johor Bharu nie.

Rilek the Cafe bertempat di Swiss –Inn Johor Bharu baru sahaja dibuka pada 16 Januari 2016 lebih kurang sebulan lebih yang lepas di mana ia terletak betul2 di tengah Bandar Johor Bharu.  Masih ramai lagi tak tahu di mana Rilek the Cafe, Swiss Inn.  Ia terletak berdekatan dengan bangunan KWSP, Wisma Persekutuan dan HQ IRDA Johor Bharu.

Swiss-inn, Johor Bharu  view waktu malam


Pertama kali menjejakkan kaki ke ruangan lobi hotel dan cafe ini, hiasan dalaman dan kebersihan restoran sangat mengagumkan.  Tak terkelip mata melihat suasana restoran tersebut.  Menurut encik Hakim, Pengurus untuk rilek the cafe memberitahu mereka menggunakan konsep santai untuk persekitaran dan dapur terbuka di tempat tersebut.






Rilek the Café boleh memuatkan sehingga 170 orang dalam satu masa. cafe santai berkonsepkan dapur terbuka yang diuruskan oleh encik hakim, encik shafie dan Chef Hebat iaitu Chef Hikmal Hisyam. Yang menarik perhatian kami ke sana ialah pelbagai jenis hidangan local dan antarabangsa  disediakan di café tersebut.

Disini turut menyajikan menu ala carte, serta hidangan dari sarapan pagi, tengah hari sehingga la ke makan malam.  Yang menarik perhatian kami, apa yang tiada dalam menu pun boleh request di café tersebut. Wowwww

Bagi hidangan makanan barat, Swiss Inn Deluxe Burger ialah menu favourite dan smoothies menjadi tumpuan pengunjung yang hadir.


Sarapan pagi seawal 6.30 pagi disediakan untuk inn house guest dan juga pengunjung dari luar. Untuk pengetahuan semua, sarapan di Rilek the Café serendah rm8 nett.  Wowwww dekat luar or hotel lain mana lah dapat dengan harga gtu.

Selain tue, Rilek the Café turut menyediakan semi buffet lunch bermula dari 12 tengah hari. Kakitangan kerajaan dan swasta yang berdekatan dengan Rilek the Café harus singgah ke sini. Harga tak mahal mana. RM25 sahaja. Dengar cerita ada juga special discount sehingga 31 march 2016. 


Manakala, buffet makan malam anda boleh menikmati bermula 6 petang sehingga 10.30 malam. Harganya pulak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, set 2 orang RM48 nett, set 4 orang RM88nett dan set 6 orang RM138nett. Bagi kami yang sememangnya food hunter di JB nie, harga di Rilek the Café sangat murah, worth it dan masakan yang totally fresh seakan masak di rumah. Seperti yang saya kata tadi, menu yg diberikan kalau nak tukar style masakan yang lain pun boleh. Best ke tak best???




Jangan risau jangan khuatir tentang menu yang bakal anda pilih Kerana Chef disini ialah Chef Hikmal Hisyam dan team memang awesome. Nak menu apa semua mereka boleh buat. Mereka beritahu awal2 bahawa makanan akan sampai lambat since mereka masak di situ dan kita sendiri boleh melihat mereka masak.

Rata-rata pengunjung yang makan di café ini member komen yang memuaskan hati. Bukan sahaja dari segi makanan, malah servis dan juga dekorasi café ini.

Ayuh kita lihat apa kata pengunjung yang makan di sini ::

Amira : makanan sedap dan harga sangat berpatutan. Yang paling sedap ikan siakap tueee.. Rasa x cukup jew seekor ikan tue untuk saya dan saya tak pernah lagi pergi ke kedai makan chef sendiri jumpa customer untuk feedback. Terbaik rilek the café.

Fazira : Since saya peminat western, burger kat sini totally sedap dan lain dari cafe2 yang pernah saya makan di sekitar Johor. I recommend korang semua makan kat Rilek the Café.

Mr.Lim : Saya first time datang, overall saya puas hati. My family pun suka. Saya tak sangka tue portion makanan sangat besar.

Pasangan husband &wife : kami suka suasana disini tenang dan mendamaikan.  Semua masakan fresh lagi2 seafood.


Wahhhh, baru dengan komen dari pengunjung pun rasa teruja apetah lagi yang membacanya??? Ye ke idak?? hihi

Servis Rilek the Café sangat bagus. Chef dan manager siap datang berjumpa dengan pelanggan tentang menu. Sebenarnya ini bagus bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka di masa akan datang.

Jom phyzha sajikan korang dengan gambar2.

Ikan siakap nie totally sedap n sangat fresh. Rindu nak makan nie lagi.

 Yang tiada dalam menu pun chef boleh masak.


Sampai 2 menu saya makan.

1.Char Kuey Teow with sirloin beef 
Akak bagi 5 bintang.

2. Oxtail Sizzling Soup
Soup nie sangat mengancam. Sekali makan pasti nak lagi dan lagi.


Milkshake dan Frappe sini sangat lah worth it sebab gelas besar.  Hanya RM16.00 


Untuk pengetahuan korang, tak lama lagi, Rilek the Café ada buat BBQ dinner.. Korang nak tahu lebih lanjut haruslah lelaju follow mereka di instagram taw...


Alamat :
  Lot 512, Mohd Mufti,,, Jalan Syed Mohamed Mufti, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi :
Weekday : 6.30am to 11.00pm
Weekends : 6.30am to 1.00am

Status :
HALAL

No Tel :
017-2835226
011-28926066

Facebook :

Instagram :
@rilekthecafe


Terima kasih Rilek the Cafe & Swiss-Inn Johor Bharu kerana menjemput kami. Phyzha s dan teman-teman sangat happy.




Terima kasih sudi baca. :)

Fesyen Baju Kurung Moden Terkini


Assalamualaikum kepada si chantek   

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua.  


Raya nak dekat dah koranggggg... Korang dah wat persiapan raya ke belom?? (phyzha plak over)
Sebelum masuk bulan Ramadhan lagi duk tengok Aeon mall dah pasang siap-siap lagu raya, jual baju raya,promosi hari raya.. hihi.. Tengoklah diaorang lagi semangat nak raya taw.

Haaaa, apa kata tahun nie kita beraya dengan cik ZALORA plak.  Dengar cerita banyak FESYEN BAJU KURUNG MODEN TERKINI.

Jika korang sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen terkini, pastinya korang tidak terlepas daripada menyaksikan koleksi-koleksi raya keluaran pereka-pereka fesyen terkenal tanah air seperti Jovian MandagieNurita HarithMelinda Looi dan ramai lagi baru-baru ini.

Kalau tahun-tahun sebelum ini baju kurung peplum merupakan fesyen yang paling trending taw.   Apa pula fesyen yang paling digemari oleh korang untuk tahun ini??

 Daripada banyak koleksi yang ditampilkan, ada 3 koleksi yang menambat hati phyzha untuk fesyen baju kurung moden terkini yang bakal trending untuk tahun ini. Serius, pasti korang tak duduk diam lepas tengok koleksi-koleksi hebat nie.

Cekidaut!





 (1) MINI KURUNG






Sejujurnya, ini lah fesyen baju kurung moden yang teramat phyzha gemari kerana potongan baju yang loose dan selesa serta lipatan kain yang begitu elegan. Kalau kita dapat lihat sekarang nie, rata-rata designers menampilkan rekaan mini kurung dalam koleksi raya mereka untuk tahun ini taw.




(2) BAJU KURUNG MODEN KIMONO





Fesyen kedua nie plak adalah baju kurung moden kimono.   Diinspirasi daripada rekaan kimono taw.  Baju kurung jenis ini mempunyai potongan unik pada bahagian baju dan sesuai dipakai untuk korang yang bertubuh kecil molek.



(3) BAJU KURUNG PEPLUM





Yang nie masih lagi trending untuk tahun ini adalah baju kurung peplum! Paling minat dengan baju kurung peplum nie. 

Korang jangan takut dan risau jika dilabel outdated untuk bergaya dengan sepasang kurung peplum pada tahun ini, Well peplum masih lagi relevan taw sekarang!  sampai phyzha pun jatuh hati dengan rekaan peplum nie. Bagi tahun ini, terdapat lebih banyak rekaan peplum yang lebih menarik dan trendy untuk korang miliki. 

Phyzha dah rambang mataaaaa.  Cechantek semua design nie. Simple,elegan dan tak over dah mampu memukau mata kaum Hawa.  Tak tahu nak pilih mana satu untuk koleksi Lebaran tahun nie.

Haaaaaa, apa tunggu lagi, cepat - cepat lah terjah ZALORA.   Nanti dah habis baju raya jangan nangis tepi bucu katil taw. :p
  

VS Lip GLow Awesome



Assalamualaikum kepada si cantik dan si tampan    


Lama dah tak share benda best-best dalam belog nie. 

Kali nie nak share gincu 3 dalam 1 di mana ia dapat memenuhi impian para gadis dan wanita yang inginkan bibir kekal segar, lembap dan bersinar sepanjang hari.

Kalau beauty product, sebelum nak review dan ajak ramai orang untuk membelinya, diri sendiri lah antara salah seorang penggunanya kan??? hikhik

Perkenalkan...

VS LIP GLOW

 VSireh Beauty mengeluarkan produk hebat iaitu satu-satunya gincu bagi menampilkan fungsi 3 dalam 1 dimana ianya menjadi Gincu, Melembapkan serta merta dan pengilat bibir yang mampu melembut serta mewarnai bibir secara semula jadi gtuw.

Kalau orang tanya phyzha ape best sangatttt tentang VS Lip Glow nie???

Apa yang phyzha boleh share dekat sini, phyzha tertarik dengan bahan kandungan VS Lip Glow nie. Mana tak nya, bahan kandungan famous amos di era ini.

~ COLLAGEN
~VIRGIN COCONUT OIL (VCO)
~VITAMIN E
~JOJOBA OIL
~SUNFLOWER SEED OIL
~BEESWAX

Seeeee, dengar bahan kandungan dia pun confirm terpikat taw. Lagi-lagi para gadis dan wanita di luar sana tue yang bila dengar collagen dan vitamin E terus jadi tak keruan. hihihi


Phyzha memang dah jatuh cinta sangat dekat VS Lip Glow nie. Apa tak nya, tak perlu dah pakai pelembap bibir dan kemudian baru pakai gincu serta lip gloss.  Dalam VS Lip Glow semua yang phyzha nak dah ada. Jimat masa tawww!

Cantikkan pengasas VS Lip Glow VSireh nie.


Antara Fungsi VS Lip Glow ::

*Dapat mencerahkan bibir sehingga merah - kemerahan secara semulajadi.
* Bibir lembap sepanjang hari dan kelihatan munggil.
*Sebagai penyeri warna bibir secara semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
* Memperbaiki tekstur bibir, merawat bibir kering dan merekah.


>VS Lip Glow bukan sahaja untuk wanita tapi sesuai untuk lelaki.
> Warna kekal sehingga 12 jam. Saya ulang 12 JAM. Lama tue!
> VS Lip GLow perlu disimpan pada suhu bilik.
>Boleh digunakan pada bila - bila masa termasuk sebelum waktu tidur.
> Yang paling best ianya berperisa vanilla


Maybe yang baru nak mencuba VS Lip GLow nie mesti nak baca dulu testimoni pengguna lain kan. Sama lah macam phyzha. Nak mencuba sesuatu produk, mesti kita kena tanya orang yang dah pernah cuba dulu kan?? 

Testimoni dari kakak nie kata bibir tak kering even kurang minum air.

Bibir akak nie gojes mojes taw selepas memakai VS Lip Glow.


Phyzha dulu yang suka sangat pakai lipstick sampai kadang-kadang bibir kering even dah pakai pelembap bibir. Bila bibir kering nak pakai lipstick pun dop lawa dah sebab bibir merekah. 

Now bila dah guna VS Lip Glow nie tak pakai lipstick pun tak pe. Kerana warna yang dihasilkan ikut warna darah kita. Wahhhhhh

Tak lembut hati ke nak try 1??? hehe... cuba lah, In shaa Allah masalah bibir korang dapat diatasi. VS Lip Glow bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan bibir juga. 

Kini phyzha dan VS Lip Glow berpisah tiada.

Kalau ada yang nak mencuba boleh la contact phyzha sendiri yea.



Instagram : lady_phyzha
Hotline : 018-9616392

Paling senang sekarang, uolls cari je #vslipglow kat instagram. Pelbagai testimoni dan info mengenai vslipglow.


Semoga mendapat bibir yang cantik & sihat!

Hola 2015 !


Assalamualaikum kepada si cantik dan si tampan    

2015.

Boleh lagi tak kita nak ucapkan Selamat tahun baru 2015??

Nie nak masuk ke pertengahan februari dah.

Sape ingat last entry kita bila??
Sape btol kita bagi kudap kudap.. hikhik..

Tahunnnn lepasss tueeeee.
Habis bersawang dah belog kita nie..

Phyzha harap 2015 memberikan yang terbaik buat diri ini. In shaa Allah.

Jadi,

setelah sekian lama tak menulis,
apakah entry yang kalian inginkan untuk phyzha menulis??

Phyzha banyak entry nak tulis taw tapi x tahu nak mula yang mana satu.

Mane la tahu kalian ada idea-idea yang best tuk phyzha mulakan entry baru.


Bubbye.

Jumpa lagi.

Nak maghrib dah.

Salam maghrib semua :)




Recipe : Chicken Quiches



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada si cantik dan si tampan    

Bagaimana Ramadhan anda?? Sedar tak sedar sudah 14 hari kita berpuasa.

 Nampak ada yang dah sibuk membuat persiapan hari raya.

Dalam kita sibuk dengan persiapan raya, saudara Islam kita di sana tiada masa memikirkan tentang persiapan raya.  Tidur malam mereka tidak lena 
kerana risaukan peluru dan bom musuh . Keesokan harinya, bangun awal berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan kerana ingin mencari sekeping dua roti utk sarapan adik - adik kerana mak bapa mereka sudah mati .  Allahuakbar sedih melihat saudara Islam kita di Palestin.


Kita tidak mampu mengangkat senjata, Tapi kita mampu menadah DOA buat mereka serta memberi sumbangan buat mereka.

Moga doa kita semua dimakbulkan Allah Azawajalla... Aamiin ya rabbal alamin.

Sumbangan boleh melalui transfer bank ataupun yang paling mudah melalui SMS.




Kali nie fiza nak berkongsi resepi teramat simple as 1, 2, 3 gtu...
Tak semestinya Ramadhan jew, bukan bulan Ramadhan pun boleh jew sediakan buat keluarga, tetamu atau sahabat handai.

Kalau rasa jemu dengan telur dadar atau scrumble egg, boleh la buat quiche nie.  Fiza memang suka sangat buat quiche nie.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat quiche ::

A
* 6 biji telur
* Isi ayam yang telah dipotong dadu dan digoreng dengan butter
* Paprika merah dipotong dadu
* Tomato dipotong dadu
* 3/4 cup fresh milk
* 2 sudu besar tepung gandum
*Sebiji bawang besar dipotong dadu
* Sedikit italian herbs
* Sedikit arab herbs
*Sedikit serbuk lada hitam
* Sedikit garam
* Sedikit perasa


B
* Sos tomato atau sos cili
* Cheddar cheese



Hasil quiche akan jadi lebih cantik jika menggunakan silicone mold di bawah ini.  Hanya perlu sapu cooking spray dan tuang terus adunan ke dalam mold tersebut dan bakar. 


Cara Penyediaan ::

~ Masukkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.  Pukul bahan A hingga sebati dan kembang.  Setelah ianya kembang, masukkan ke dalam acuan mold tersebut.  Kemudian, letak bahan B dalam acuan mold.  Kuantiti cheese serta sos cili atau sos tomato terpulang pada individu masing-masing.



~Selepas itu, bakar di dalam microwave pada 170 darjah celcius selama 20 sehingga 30 minit.



Duk tengok tengah masak seronoknyaaaa....

Dannn....

Taadddaaaaa....

Inilah dia Quiches by fiza :)


Super duper yummy Creamy..


Sampai di sini saja wahai si ohsem dan si hensem

Berjumpa lagi entry akan datang.

Selamat mencuba dan salam Ramadhan.


Bye!