Assalamualaikum dan salam Ramadan Al- Mubarak kepada si cantik serta si tampan ♥
Apa khabar kalian? Bagaimana Ramadan anda?
Selamat Menyambut Ramadan Al- Mubarak kepada semua - semua yang ohsem dan gojes yang berada di luar sana.
Sempena Ramadan nie, nak share resepi yang mudah untuk uollss sediakan. Tak semestinya Ramadan jew, bukan Ramadan pun uollss boleh sediakan buat keluarga tersayang, tetamu, serta sahabat handai.
Memang sedap bread pudding nie. Lagi - lagi jika uollss makan dengan vanilla sauce.. Superduperyummylicious gitu.
Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat bread pudding ialah:
Bread pudding
* 1-2 buku roti (Fiza hanya menggunakan 1 buku roti seperti dalam gambar tue)
*800 ml susu segar
*3 -4 sudu castor sugar
*Air sedikit (jika perlu)
*Hirisan kurma atau kismis untuk di hias di atasnya.
Langkah pertama, potong roti tue menjadi 4 bahagian. Selepas itu, masukkan 800ml fresh milk, 3- 4 sudu castor sugar, dan air sedikit (jika perlu).
Kacau semua bahan tersebut sehingga sebati.
Setelah sebati, baru uollss letak di loyang atau mangkuk yang sesuai untuk dibakar nanti. Selepas itu, boleh la tabur hirisan kurma atau kismis di atas bread pudding tersebut.
Uollss bakar pada suhu 150 darjah celcius di microwave selama 45 minit ataupun sehingga dia masak.
p/s: ikut citarasa uollss, if ada yang nak garing boleh bakar dalam 50 minit.
Sementara menunggu bread pudding dibakar, yuk kita buat vanilla sauce nya.
Vanilla sauce
* 300 ml susu segar
*2 - 3 sudu castor sugar
*2 teaspoon essence vanila
1 sudu tepung kastard.
Mula - mula, bancuh tepung kastard dengan air sedikit dahulu dan asingkan.
Selepas itu, ambil periuk dan panaskan 300ml susu segar, 2-3 sudu castor sugar serta 2 teaspoon essence vanilla. Panaskan sehingga castor sugar larut.
Apabila castor sugar dah larut, kecilkan api dan letak bancuhan kastard itu dengan perlahan - lahan bersama dengan susu segar,castor sugar dan essence vanilla yang telah dipanaskan tadi.
Apabila ia telah pekat, uollss tutup api dan biarkan ia sejuk sendiri. Dah rasa tak panas, boleh la letak vanilla sauce dalam peti sejuk.
p/s: yang suka manis boleh tambah lagi sukatan gula untuk bread pudding serta vanilla sauce.
haa, dah siap pun vanilla sauce kita yang super yummy creamy dan bau vanilla yang sangat best. Eh, bread pudding pun dah siap juga.
Taddaaaaa~~~~~
Ini hasil air tangan fiza tadi.
Sampai di sini saja wahai si ohsem dan hensem.
Nanti kita berjumpa di entri akan datang ya.
Selamat mencuba dan salam Ramadan semua.
Selamat mencuba dan salam Ramadan semua.
terima kasih... mohon kongsi klu ad lebih.. :)
ReplyDeletesama - sama zulhilmi. selamat berpuasa. In shaa Allah, terasa nak buat lagi hari ini.
ReplyDeleteemmm cedap ni...mesti try ni...minta izin tery resepi awk ek
ReplyDeleteaiin.. mmg sedap and u should try :) silakan aiin =D
ReplyDeleteSalam. Memang x guna telur lgsg eh utk pudding ni?
ReplyDeletewassalam shaqeera, yup fiza mmg x guna telur langsung. fiza taw ada sesetengah guna telur kan? tapi ianya x tahan lama klu disimpan. :)
ReplyDelete