Recipe: Shepherd Pie dan Amat Mudah


Assalamualaikum dan salam Ramadan Al- Mubarak kepada si cantik serta si tampan 
Apa khabar kalian? Bagaimana Ramadan anda? Sekarang kita dah nak hampir ke penghujung Ramadan. Sayu jew rasa nak tinggalkan bulan yang sungguh mulia ini.

Kali nie fiza nak kongsi resepi shepherd pie atau cottage pie ataupun Godam yang dibuat isnin lepas. kelassss gitu ada 3 nama sekali.

Sangat sedap hokay!!!!!

Jom terjah bahan - bahan yang diperlukan.

Mashed potato
* 6-7 biji ubi kentang
*3 cawan susu segar
*5 sudu besar butter
*1 teaspoon serbuk lada hitam
*Garam secukupnya

Mula - mula, buang kulit ubi kentang tersebut dan potong dadu.  Kemudian rebus sehingga empuk.  Bila ubi kentang dah empuk, buang airnya, toskan dan lenyek bersama butter, serbuk lada hitam, susu segar dan garam  sehingga sebati.  Apabila adunan dah sebati, ketepikan dahulu.

Kemudia kita ke bahan-bahan untuk inti.

Bahan untuk inti
*500gm daging kisar atau ayam kisar
*1 biji bawang besar (dipotong dadu)
*2 ulas bawang putih (dicincang halus)
*1 botol kecil sos prego atau tomato puree
*1 biji lobak merah (dipotong dadu)
*2-3 sudu sos cili
*5-6 sudu butter
*Air
*garam secukup rasa
* Mozarella cheese untuk ditabur atau kuning telur

Mula - mula, panaskan periuk dan letak butter. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu dan bawan putih yang dicincang halus.  Setelah naik baunya, masukkan daging kisar atau ayam kisar dan goreng sehingga masak.  Selepas itu, masukkan 1 botol sos prego atau tomato puree, sos cili, lobak merah, air dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati, tunggu ia mendidih dan tutup api.

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

~ 3-4 sudu besar mashed potato diletakkan di mangkuk kaca yang tahan panas atau mangkuk aluminium foil (yang selalu buat lasagna). Sapu mashed potato tadi sehingga rata di bahagian base pie tersebut. 

~Apabila base mashed potato dah rata, masukkan inti yang dimasak tadi di atas base mashed potato. Pastikan ia rata.

~Last but not least, masukkan baki mashed potato yang telah dibuat base tadi di bahagian atas inti. Sapu mashed potato sehingga rata. Tekan dengan sudu agar mashed potato tersebut melekat dengan inti.

~Akhir sekali, nak bagi cantik sikit boleh letak mozarella cheese or cheddar cheese or kuning telur.



~Dan bakar. Bakar pada suhu 150 darjah celcius di microwave selama 30 - 35 minit atau sehingga bahagian mashed potato di atas kekuningan.  Make sure makan masa panas, dah sejuk memang tak sedap hokay!!!

Tarraaaaaa

Hasil air tangan fiza 


Dan bahagian dalamnya.. Superduperliciousyummy =D


Sampai di sini sahaja wahai si cantik dan si ohsem

Selamat mencuba dan Selamat berbuka nanti :)

Bye!


Recipe: Bread pudding with vanilla sauce


Assalamualaikum dan salam Ramadan Al- Mubarak kepada si cantik serta si tampan 
Apa khabar kalian? Bagaimana Ramadan anda?

Selamat Menyambut Ramadan Al- Mubarak kepada semua - semua yang ohsem dan gojes yang berada di luar sana.



Sempena Ramadan nie, nak share resepi yang mudah untuk uollss sediakan.  Tak semestinya Ramadan jew, bukan Ramadan pun uollss boleh sediakan buat keluarga tersayang, tetamu, serta sahabat handai.

Memang sedap bread pudding nie. Lagi - lagi jika uollss makan dengan vanilla sauce.. Superduperyummylicious gitu. 

Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat bread pudding ialah:

Bread pudding

* 1-2 buku roti (Fiza hanya menggunakan 1 buku roti seperti dalam gambar tue)
*800 ml susu segar
*3 -4 sudu castor sugar
*Air sedikit (jika perlu)
*Hirisan kurma atau kismis untuk di hias di atasnya.

Langkah pertama, potong roti tue menjadi 4 bahagian. Selepas itu, masukkan 800ml fresh milk, 3- 4 sudu castor sugar, dan air sedikit (jika perlu).
Kacau semua bahan tersebut sehingga sebati.

Setelah sebati, baru uollss letak di loyang atau mangkuk yang sesuai untuk dibakar nanti. Selepas itu, boleh la tabur hirisan kurma atau kismis di atas bread pudding tersebut.

Uollss bakar pada suhu 150 darjah celcius di microwave selama 45 minit ataupun sehingga dia masak.  

p/s: ikut citarasa uollss, if ada yang nak garing boleh bakar dalam 50 minit.


Sementara menunggu bread pudding dibakar, yuk kita buat vanilla sauce nya.

Vanilla sauce
* 300 ml susu segar
*2 - 3 sudu castor sugar
*2 teaspoon essence vanila
1 sudu tepung kastard.

Mula - mula, bancuh tepung kastard dengan air sedikit dahulu dan asingkan.

Selepas itu, ambil periuk dan panaskan 300ml susu segar, 2-3 sudu castor sugar serta 2 teaspoon essence vanilla.  Panaskan sehingga castor sugar larut. 
Apabila castor sugar dah larut, kecilkan api dan letak bancuhan kastard itu dengan perlahan - lahan bersama dengan susu segar,castor sugar dan essence vanilla yang telah dipanaskan tadi. 

Apabila ia telah pekat, uollss tutup api dan biarkan ia sejuk sendiri.  Dah rasa tak panas, boleh la letak vanilla sauce dalam peti sejuk.

p/s: yang suka manis boleh tambah lagi sukatan gula untuk bread pudding serta vanilla sauce.


haa, dah siap pun vanilla sauce kita yang super yummy creamy dan bau vanilla yang sangat best.  Eh, bread pudding pun dah siap juga.

Taddaaaaa~~~~~

Ini hasil air tangan fiza tadi. 


Sampai di sini saja wahai si ohsem dan hensem.  

Nanti kita berjumpa di entri akan datang ya.

Selamat mencuba dan salam Ramadan semua.

kenapa saya lama menyepi dari dunia belog?


Kenapa saya lama menyepi dari belog?

Kenapa saya dah tak menulis lagi?

Ramai yang perasan saya dah lama tak menulis apa - apa.

"Saya pun perasan.  Rasa dah bertahun - tahun tak  menulis apa - apa di dalam belog ini.  Kasihan sungguh belog saya  terabai oleh saya.  "

Adakah  semua telah saya ekspresikan di laman Insta, bukan di laman belog?






HURMMM, BERSAMBUNG LAH....




Okay tipu lah kalau tiada sambungan kan??  filem nie tergantung.  Yang tengah makan keropok nak lemau dah boleh baling..

Sebenarnya... sebenarnya..komputer riba kesayangan telah dimasukkan ke dalam wad disebabkan keadaannya yang sangat - sangat kritikal.  Walaupun saya tahu ada yang menjenguk :) menantikan entry yang tak seberapa dari saya ini.  Banyak sangat entry plans yang hendak saya share dengan semua, tapi semua tue kadang - kadang telah di update di laman Insta dan di laman Nota sendirian berhad di mana hanya rangka entry tak proper lagi.


Sekali lagi, saya meminta maaf andai sekian lama saya menyepi dari belog saya sendiri.  Komputer riba kesayangan dah kembali jadi doakan saya sentiasa menghasilkan entry terbaru untuk anda.  In shaa Allah.

Sayang semua, Lillah.