Rahsia Saya


Assalamualaikum my lovely, beautiful and handsome friends   

Apa khabar kalian semua?? Selamat berhujung minggu fiza ucapkan kepada uollss.
Ampun dan maaf fiza pinta kerana belog fiza sekian lama berhabuk dan hari nie baru nak bersihkan habuk-habuk nie.. Ish3..teruk angat fiza nie.
Lepas nie belog tak boleh berhabuk lagi.. Happy angat-angat nie...hihihi

Sebenarnya fiza nak berkongsi 1 rahsia dengan uollls.  Ramai yang email fiza bertanyakan apa tips dan produk yang fiza gunakan. Bukan tak nak beritahu apa yang fiza gunakan tapi bagi fiza biarlah fiza rasai sendiri kesannya dan diri sendiri menjadi testimoni.  Alhamdulillah bersyukur sangat dengan hasilnya. 

Rahsianya adalah fiza mengamalkan supplement skincare yang super duper the va voom dari Shaklee.  Produk shaklee yang sememangnya  terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.  Fiza berkongsi kerana ia adalah produk yang terbaik. 

Dulu, kulit fiza sungguh kusam. Kulit kusam terjadi akibat terlalu terdedah cahaya matahari serta compact powder yang terlalu banyak.  Fiza dulu guna pencuci X, pelembab muka X, foundation X dan compact powder X. Memang fiza tak tahu cara penjagaan muka yang sebenar sehingga lah fiza mula menjadi model sambilan. Sejujurnya, dulu fiza ambil sambil lewa tentang supplement tambahan nie.  Sehingga lah suatu hari family tegur yang muka fiza sangat kusam.  

Suatu hari, fiza google apa yang patut fiza buat untuk kembalikan wajah menjadi segar dan tidak kusam dan akhirnya fiza jumpa produk SHAKLEE.

Jika ada yang bertanya adakah pengambilan suplemen tambahan ini perlu dalam kehidupan seharian kita, maka jawapan saya ialah sangat - sangat diperlukan!!
Ini kerana apabila saya telah bertemu Set Skincare Shaklee ditambah lagi dengan ESP Shaklee, Alhamdulillah bersyukur sangat - sangat dengan hasilnya yang sangat menabjubkan.

Fiza berkongsi testimoni fiza sendiri, selama 2 bulan fiza amalkan Set Skincare dengan ESP secara konsisten tanpa skip serta air 3 liter, Alhamdulillah..alhamdulillah kulit muka jadi lebih lembut, glowing, lembab serta flawless. Jerawat kalau keluar cepat terus surut.  Fiza jenis suka picit, bila picit sah akan tinggalkan kesan jerawat.  Kesan jerawat cepat je pudar. Kulit badan tidak lagi kering, jadi fiza tak risau jika terlupa pakai losyen. 

Mama fiza pun amalkan suplemen nie dan Alhamdulillah skin mama fiza super duper moist, flawless serta semakin anjal. Skin mama tak seperti umurnya. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat. *mama fiza tak suka bergambar.hihi

 Apa yang penting bagi fiza ialah kulit yang sihat.  Sekarang masih lagi berusaha untuk dapatkan skin sihat dan cantik.  Kulit dalaman sangat - sangat penting dan perlu dijaga.

Set Skincare yang fiza amalkan nie tahan 4 bulan uollss. Sangat-sangat berbaloi uollsss dan sangat jimat duit.


Vitamin E 
~ Vitamin E penting untuk kecantikan kulit.
~ Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida.
~ Melindungi dan mencegah kerosakan sel.
~ Mempercepatkan proses pemulihan kulit.
~ Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit.
~ Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit.
~ Awet Muda
~ Menaikkan seri wajah
~ Kulit semakin halus dan licin.


B Complex
~ Dikenali sebagai Vitamin "B" for Beauty.
~ Memelihara kecantikan kulit dari dalam.
~ Bertindak sebagai penenang.  Bila hati tenang, wajah akan sihat.
~ Menambah tenaga.
~ Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.
~ Mencegah anemia
~Mencegah stress.
~ Menggalakkan kesihatan jantung.


Vitamin C Chewable
~ Bertindak sebagai anti oksida.
~ Sangat sesuai untuk orang yang tidak suka telan pil.
~ Meningkatkan sistem imun tubuh.
~ Penting untuk membentuk kolagen dalam kulit.
~ Melindungi sel - sel dari kerosakan.



Fiza dan Ann kami dua adalah pengguna shaklee. 


Bersama shida tapi dia ambil Set Resdung plus Skincare.


Bersama adik Zatul consume vitamin c chewable.


Fiza tanpa secalit foundation or loose powder.  *Setiap gambar tidak di edit mahupun camera 360. 

Kepada yang berminat untuk Set Skincare ini, uolllsss boleh laju -laju order fiza ... In shaa Allah fiza akan reply secepat mungkin dan consult anda semua dengan sebaik - baiknya. 

nur.hafizah.bustami@gmail.com

Uolllss, dari sekarang lah kita kena jaga kulit kita, belai kulit kita, manjakan kulit kita.  Kesihatan kulit dari dalam sungguh penting dan perlu dijaga serapi - rapinya baru lah terhasil kulit yang cantik pada luarannya.  

P/S: Next entry fiza akan ceritakan tentang ESP yang super duper marvelous khasiatnya.

Selamat membaca kawan-kawan :)





Cantik bersama Perfect Sunscreen & Flawless Foundation Cosmoderm



Assalamualaikum my lovely, beautiful and handsome friends  

Apa khabar semua? Uolllss buat apa hujung minggu nie??
Hari ini nak share beauty product dengan uoolllss..  Produk yang terbaik harus dikongsi dengan uolllss. Right??? :)

 Pertama kali pandang Perfect Sunscreen dari Cosmoderm ini terus jatuh cinta pandang pertama. Awww.. 

Fiza perkenalkan Perfect Sunscreen + Flawless Foundation dari Cosmoderm yang super duper ohsem uolllsss. 

Dah banyak foundation yang fiza guna tapi from Cosmoderm jugak the best ever forever...  Sebenarnya fiza dah bersama dengan Cosmoderm dah setahun lebih dan fiza suka sangat - sangat dengan Cosmoderm.  Orang lelaki pun boleh guna taw tak semestinya perempuan jew.

Fiza tunjukkan before and after fiza gunakan perfect sunscreen + flawless foundation dari cosmoderm.


Fiza gunakan code 03 Natural Beige *No edited/ camera 360


Uolllss nak pilih code pastikan letak di tangan dulu ya untuk mengetahui code warna yang sesuai dengan uolllss.

Seee, the benefit of using Perfect Sunscreen + Flawless Foundation from Cosmoderm. Best among the best!!!

Kenapa fiza memilih Perfect Sunscreen + Flawless Foundation dari Cosmoderm :
~tekstur yang ringan dan lembut.
~mempunyai 500 I.U Vitamin E
~ Pudarkan Parut jerawat yang datang sewaktu cuti.
~ Bagi fiza guna hari - hari pun tak apa sebab ia tidak memudaratkan kulit muka kita.
~ Dapat melambatkan kulit daripada proses penuaan secara semulajadi.
~ Sekatakan kulit akibat dari sunburn.
~ Bila nak amik wudhu senang dicuci.



This is me bila keluar berjalan or ke kelas. Fiza cuma pakai ~
* moisturizer cosmoderm
*perfect sunscreen cosmoderm
*eyebrow
*eyeliner
*lip balm or lip tint

Tak sampai 10 minit pun siap. :)
* Tiada edit/ camera 360



I love Cosmoderm.



Pada yang nak dapatkan perfect sunscreen yang super duper ohsem nie, uolllss boleh terjah ke Guardian/ Apex Pharmacy/Vitacare ataupun dealer - dealer Cosmoderm. Harga sangat - sangat berbaloi RM29.90 sahaja uolllss.

 Uolllss boleh refer di sini 


atau


bagi yang ingin beli online boleh terjah website Cosmoderm terus. 
Senang dan mudah as 1,2 & 3



PENGUMUMAN BAGI YANG BERADA DI KL & SELANGOR



Temui team Cosmoderm pada 2 Okt - 6 Okt 2013 di MIECC Seri Kembangan, Selangor.
Ada diskaun yang terbaik buat uolllss semua. Mai jangan tak mai taw!!!!

P/S: Sebelum keluar harus memakai Sunscreen Cosmoderm SPF 35++

Selamat mencuba & selamat membaca :)

Mandian Susu bersama Dove




Assalamualaikum  dan Selamat Hari Malaysia  kepada si cantik serta si tampan 

Apa khabar uollss? tengah buat apa petang nie??  Fiza baru lepas ambil order shaklee. Alhamdulillah semakin banyak order. *Fiza Promosi jap..hihihi..   Tetiba rasa nak share dengan uollss tentang mandian susu Dove.

Sebenarnya, sebelum nie fiza pernah menggunakan losyen badan dove dan ternyata ianya sangat - sangat berkesan dan membuat kulit badan fiza menjadi lembap.  Dan sekali lagi, produk Dove membuat fiza jatuh cinta dengannya lagi.  Fiza always put honest opinion on beauty produk sebab produk- produk tersebut bekerja di kulit fiza.

Secara jujur fiza kata, perkara yang selalu kita buat tue la yang dipandang remeh.  Kalau kulit muka memang rajin sangat - sangat dan pastikan ianya lembap tapi kulit badan, ambil sabun sental satu badan dengan apa - apa sabun sehingga kulit kering. Kulit kering tenyeh dengan losyen.. Ish Ish Ish..



Perkenalkan Dove Nourishing Body Wash.


Dove Nourishing Body Wash yang baru ini  hadir dengan formula NutriumMoisture yang telah dirumuskan.  NutriumMoisture adalah formula yang sangat unik.  Ianya menggabungkan bahan pelembab dan bahan nutrisi dalam sabun mandi yang dapat mengembalikan nutrisi kulit sehingga mengurangi kerosakan kulit kita sewaktu mandi.  Jadi kulit kita bukan sahaja bersih malah  terjaga kelembabannya serta terasa halus mulus, lembut dan merawat kecantikan kulit dalam jangka masa yang panjang.  

Sangat - sangat penting bagi kita ialah cara mandian yang betul serta memilih sabun mandi yang mempunyai formula pelembap.  


   Yang merisaukan fiza apabila melakukan aktiviti seharian seperti ke kuliah atau ke pejabat atau keluar berjalan - jalan, di mana cuaca yang tidak menentu serta ke tempat yang berhawa dingin. 
 Dan disebabkan itu, fiza memerlukan produk yang dapat menjaga kelembapan kulit badan.  Tak lupa juga dengan meminum air masak yang secukupnya. 

 Uoollls pun tak nak kan kulit kering dan rosak seperti gambar di bawah nie kan?




Dove Nourishing Body Wash terdiri daripada 3 jenis iaitu:
~ Deeply Nourishing 
~ Revive (pomegranate dan verbena scent)
~ Fresh Touch (cucumber dan tea tree scent)



Fiza dah mencuba Deeply Nourishing dan sekarang tengah menggunakan Revive.  Sangat memuaskan hati fiza. Kulit fiza sangat lembut. Ditambah lagi guna mandian dove dan losyen badan vitamin e losyen digabungkan dengan rosehip oil daripada cosmoderm membuatkan kulit  fiza sangat lembut.


Dengan terhasilnya formula NutriumMoisture, semoga lipid dan protein kulit sentiasa terjaga. Jadi tiada lagi kulit kering selepas ini.


p/s: Jangan sental badan lama - lama taw. Nanti kulit akan jadi kering. Maksima mandi 10-15 minit sahaja.

Sampai di sini sahaja si cantik dan si hensem.

Bye!






Recipe: Shepherd Pie dan Amat Mudah


Assalamualaikum dan salam Ramadan Al- Mubarak kepada si cantik serta si tampan 
Apa khabar kalian? Bagaimana Ramadan anda? Sekarang kita dah nak hampir ke penghujung Ramadan. Sayu jew rasa nak tinggalkan bulan yang sungguh mulia ini.

Kali nie fiza nak kongsi resepi shepherd pie atau cottage pie ataupun Godam yang dibuat isnin lepas. kelassss gitu ada 3 nama sekali.

Sangat sedap hokay!!!!!

Jom terjah bahan - bahan yang diperlukan.

Mashed potato
* 6-7 biji ubi kentang
*3 cawan susu segar
*5 sudu besar butter
*1 teaspoon serbuk lada hitam
*Garam secukupnya

Mula - mula, buang kulit ubi kentang tersebut dan potong dadu.  Kemudian rebus sehingga empuk.  Bila ubi kentang dah empuk, buang airnya, toskan dan lenyek bersama butter, serbuk lada hitam, susu segar dan garam  sehingga sebati.  Apabila adunan dah sebati, ketepikan dahulu.

Kemudia kita ke bahan-bahan untuk inti.

Bahan untuk inti
*500gm daging kisar atau ayam kisar
*1 biji bawang besar (dipotong dadu)
*2 ulas bawang putih (dicincang halus)
*1 botol kecil sos prego atau tomato puree
*1 biji lobak merah (dipotong dadu)
*2-3 sudu sos cili
*5-6 sudu butter
*Air
*garam secukup rasa
* Mozarella cheese untuk ditabur atau kuning telur

Mula - mula, panaskan periuk dan letak butter. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu dan bawan putih yang dicincang halus.  Setelah naik baunya, masukkan daging kisar atau ayam kisar dan goreng sehingga masak.  Selepas itu, masukkan 1 botol sos prego atau tomato puree, sos cili, lobak merah, air dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati, tunggu ia mendidih dan tutup api.

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

~ 3-4 sudu besar mashed potato diletakkan di mangkuk kaca yang tahan panas atau mangkuk aluminium foil (yang selalu buat lasagna). Sapu mashed potato tadi sehingga rata di bahagian base pie tersebut. 

~Apabila base mashed potato dah rata, masukkan inti yang dimasak tadi di atas base mashed potato. Pastikan ia rata.

~Last but not least, masukkan baki mashed potato yang telah dibuat base tadi di bahagian atas inti. Sapu mashed potato sehingga rata. Tekan dengan sudu agar mashed potato tersebut melekat dengan inti.

~Akhir sekali, nak bagi cantik sikit boleh letak mozarella cheese or cheddar cheese or kuning telur.



~Dan bakar. Bakar pada suhu 150 darjah celcius di microwave selama 30 - 35 minit atau sehingga bahagian mashed potato di atas kekuningan.  Make sure makan masa panas, dah sejuk memang tak sedap hokay!!!

Tarraaaaaa

Hasil air tangan fiza 


Dan bahagian dalamnya.. Superduperliciousyummy =D


Sampai di sini sahaja wahai si cantik dan si ohsem

Selamat mencuba dan Selamat berbuka nanti :)

Bye!


Recipe: Bread pudding with vanilla sauce


Assalamualaikum dan salam Ramadan Al- Mubarak kepada si cantik serta si tampan 
Apa khabar kalian? Bagaimana Ramadan anda?

Selamat Menyambut Ramadan Al- Mubarak kepada semua - semua yang ohsem dan gojes yang berada di luar sana.



Sempena Ramadan nie, nak share resepi yang mudah untuk uollss sediakan.  Tak semestinya Ramadan jew, bukan Ramadan pun uollss boleh sediakan buat keluarga tersayang, tetamu, serta sahabat handai.

Memang sedap bread pudding nie. Lagi - lagi jika uollss makan dengan vanilla sauce.. Superduperyummylicious gitu. 

Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat bread pudding ialah:

Bread pudding

* 1-2 buku roti (Fiza hanya menggunakan 1 buku roti seperti dalam gambar tue)
*800 ml susu segar
*3 -4 sudu castor sugar
*Air sedikit (jika perlu)
*Hirisan kurma atau kismis untuk di hias di atasnya.

Langkah pertama, potong roti tue menjadi 4 bahagian. Selepas itu, masukkan 800ml fresh milk, 3- 4 sudu castor sugar, dan air sedikit (jika perlu).
Kacau semua bahan tersebut sehingga sebati.

Setelah sebati, baru uollss letak di loyang atau mangkuk yang sesuai untuk dibakar nanti. Selepas itu, boleh la tabur hirisan kurma atau kismis di atas bread pudding tersebut.

Uollss bakar pada suhu 150 darjah celcius di microwave selama 45 minit ataupun sehingga dia masak.  

p/s: ikut citarasa uollss, if ada yang nak garing boleh bakar dalam 50 minit.


Sementara menunggu bread pudding dibakar, yuk kita buat vanilla sauce nya.

Vanilla sauce
* 300 ml susu segar
*2 - 3 sudu castor sugar
*2 teaspoon essence vanila
1 sudu tepung kastard.

Mula - mula, bancuh tepung kastard dengan air sedikit dahulu dan asingkan.

Selepas itu, ambil periuk dan panaskan 300ml susu segar, 2-3 sudu castor sugar serta 2 teaspoon essence vanilla.  Panaskan sehingga castor sugar larut. 
Apabila castor sugar dah larut, kecilkan api dan letak bancuhan kastard itu dengan perlahan - lahan bersama dengan susu segar,castor sugar dan essence vanilla yang telah dipanaskan tadi. 

Apabila ia telah pekat, uollss tutup api dan biarkan ia sejuk sendiri.  Dah rasa tak panas, boleh la letak vanilla sauce dalam peti sejuk.

p/s: yang suka manis boleh tambah lagi sukatan gula untuk bread pudding serta vanilla sauce.


haa, dah siap pun vanilla sauce kita yang super yummy creamy dan bau vanilla yang sangat best.  Eh, bread pudding pun dah siap juga.

Taddaaaaa~~~~~

Ini hasil air tangan fiza tadi. 


Sampai di sini saja wahai si ohsem dan hensem.  

Nanti kita berjumpa di entri akan datang ya.

Selamat mencuba dan salam Ramadan semua.

kenapa saya lama menyepi dari dunia belog?


Kenapa saya lama menyepi dari belog?

Kenapa saya dah tak menulis lagi?

Ramai yang perasan saya dah lama tak menulis apa - apa.

"Saya pun perasan.  Rasa dah bertahun - tahun tak  menulis apa - apa di dalam belog ini.  Kasihan sungguh belog saya  terabai oleh saya.  "

Adakah  semua telah saya ekspresikan di laman Insta, bukan di laman belog?






HURMMM, BERSAMBUNG LAH....




Okay tipu lah kalau tiada sambungan kan??  filem nie tergantung.  Yang tengah makan keropok nak lemau dah boleh baling..

Sebenarnya... sebenarnya..komputer riba kesayangan telah dimasukkan ke dalam wad disebabkan keadaannya yang sangat - sangat kritikal.  Walaupun saya tahu ada yang menjenguk :) menantikan entry yang tak seberapa dari saya ini.  Banyak sangat entry plans yang hendak saya share dengan semua, tapi semua tue kadang - kadang telah di update di laman Insta dan di laman Nota sendirian berhad di mana hanya rangka entry tak proper lagi.


Sekali lagi, saya meminta maaf andai sekian lama saya menyepi dari belog saya sendiri.  Komputer riba kesayangan dah kembali jadi doakan saya sentiasa menghasilkan entry terbaru untuk anda.  In shaa Allah.

Sayang semua, Lillah.






Siapa Kata??



Assalamualaikum buat si cantik, si manis, si jelitawan, si kacak serta kesayangan iolllsss 

Kemaafan dipinta atas keusangan belog ini.  Belog ini tak dapat dibuka hampir sebulan lebih dah..  Entah mengapa.. sob2 *macam nak bagi ucapan hari raya..hihi


SIAPA kata seorang Ustaz tak pernah buat DOSA.
SIAPA kata Pakar Kaunseling tiada MASALAH.
SIAPA kata Cikgu tak pernah buat SILAP.
SIAPA kata Chef tak pernah masak NASI YANG MENTAH.
SIAPA kata Doktor tak pernah SAKIT.
SIAPA kata Profesor tak pernah kena TIPU.
*walaupun Profesor serba TAHU*.

Ingat lah bahawa,

Semua MANUSIA yang hidup di Dunia ini,
ALLAH berikan KELEBIHAN serta KEKURANGAN masing-masing.

ALLAH berikan KELEBIHAN,
Bukan lah 100% diberi semua Pengetahuan.

ALLAH berikan KEKURANGAN,
Bukan lah sehingga ia Menghinakan.

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,
agar kita tidak perlu SOMBONG.
Agar kita sentiasa menjadi hamba yang BERSYUKUR kepada-NYA.


P/S : CREDIT TO KISAH WANITA

The best Pure Marine Collagen (PMC)



Assalamualaikum buat si cantik, si manis, si jelitawan serta kesayangan iolllsss 

Ramai yang bertanyakan kepada fiza, apa yang fiza guna sehingga menampakkan perubahan pada wajah yang sangat ketara and now bila keluar rumah no more compact powder uoollsss.. Suka tak?? Suka tak?? *ce angkat tangan*. 

Mari iolllss kongsi bersama - sama uolllss semua apa yang  fiza guna sehingga menampakkan perubahan pada kulit wajah. Bukan sahaja kulit wajah tapi dari segi dalaman dan juga luaran uolllss.

Tahukah uollss bahawa umur kita 21 tahun ke atas kadar collagen dalam badan akan menurun? tahu tak? tahu tak? ( cakap jew tak tahu..hihi )

Uoolllss pasti tahu collagen dan perempuan ibarat belangkas. Produk kecantikan pilih collagen,mask muka  pilih collagen serta suntikan di muka pun pilih collagen. See, collagen dan perempuan memang tak dapat dipisahkan.  Kadang - kadang, ada yang sanggup beli collagen diluar harga beratus - ratus ringgit dan ada yang berkesan pada individu ada yang tidak.  Kita pun tak tahu betapa banyaknya kandungan collagen dalam sesuatu produk tue. Bukannya 100% kan?? betul tak? betul tak? 


Memperkenalkan produk yang sangat efektif untuk kecantikan dalaman dan luaran,fresh, murah serta tahan lama iaitu taraaaaaaaaaaa " Pure Marine Collagen ". Uolllsss tak perlu risau, tiada campuran bahan pengawet, dan bahan kimia yang bahaya. Seratus peratus asli uoolllss dari Semporna, Sabah.  Tiada bad side effect uolllsss.


Purple untuk dalaman dan juga luaran.


Kuning lebih kepada kecantikan.


Pertama kali mama memperkenalkan pure marine collagen nie, fiza terus jatuh cinta.  Ibarat cinta pandang pertama uollss dengan pure marine collagen nie. I loike taw.  

Meh fiza story mory dengan uolllss tentang pure marine collagen nie. *excited tak?*

Rumpai laut ( seaweed ) ungu ini ialah spesies Euchema Cottonii atau nama lain Euchema Kappayachus Alvarezi.  Rumpai laut ini mempunyai kepekatan  collagen taw uolllsss thats why kena panggil as pure marine collagen.  Uollss suka tak? kepekatan collagen tue!! Hihi..  Jenis spesies ini adalh collagen terbaik antara yang lain di dunia.


Tahukah uollss? bahawa pure marine collagen merupakan bahan antioksida.  Tahu tak uollss apa itu bahan antioksida? bahan antioksida sebenarnya merupakan bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas serta mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein serta lemak.  Ia dapat menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menyebabkan terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapt menimbulkan tekanan oksidatif.  Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya ialah vitamin, mineral serta fitokimia.  Pelbagai jenis bahan antioksida ini bekerjasama dalam melindungi sel normal serta meneutralkan radikal bebas.



Kesan - kesan yang dapat dilihat adalah :

~ Mendapat kembali keanjalan serta kelembutan kulit.
~ Menegangkan serta memutihkan kulit.
~ Mengecutkan jerawat.
~ Mengatasi masalah jeragat serta whitehead dan blackhead.

~ Melancarkan kitaran darah.
~ Dapat melangsingkan badan. (Agree, mama turun 3kg uolllss dalam masa sebulan)
~Membantu merawat masalah gastrik. 
~Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
~ Merawat penyakit gout.
~ Melancarkan sistem metabolisme.
~Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman serta luaran.
~ Memberi kekenyangan.
~ Dapat menguatkan tulang dan sendi.
~ Dapat meningkatkan sel rawan serta otot.
~ Memberi tenaga serta menguatkan sistem tubuh uollss.
~ Membantu mengurangkan kolestrol.


Keistimewaan Pure Marine Collagen : 
* Nilai nutrisi collagen ini 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu. Dimana 1 mangkuk kecil harganya RM300.
* Khasiatnya sama seperti sarang burung layang - layang.  Dimana harga sarang burung layang - layang sekitar harga RM400 sehingga ribuan ringgit.
* 24% collagen ini bersamaan  2 keping sarang burung layang - layang.
* Kalsium 37 yang terdapat dalam collagen lebih tinggi daripada hati ikan.
* PH bernilai 7.6.


Cara Penyediaan Pure Marine Collagen:

1. Ambil 100gm collagen dan basuh collagen mentah seperti uolllss membasuh beras 5 -6 kali.



2. Rendam collagen mentah yang telah dibasuh 5 - 6 kali semalaman.




3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5 - 6 kali. kemudian baru toskan. (Air rendaman collagen semalaman ada khasiatnya taw uolllss. Jika uolllss ada masalah rekahan di tumit kaki, air rendaman collagen ini sangat membantu). 

4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalm periuk untuk direbuskan.

p/s : Jika menggunakan collagen warna purple, uollllsss boleh letakkan daun pandan sekali sewaktu rebus untuk hilangkan bau hanyir.




5.Masak collagen 10 minit ke 20 minit. Kemudian, biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan seterusnya disimpan dalam peti ais. (100gm boleh tahan 4-8 minggu bergantung kepada kekerapan uoollls minum collagen)

Waktu the best uolllss consume collagen ialah sewaktu perut uoollss kosong. ( Sebelum masuk tidur & sebelum sarapan)




Ambil collagen dari peti ais (collagen yang direbus akan jadi seperti jelly taw uoollss ), ambil 3 sudu besar dan masukkan dalam gelas kemudian letak air. 






Uollss kalau nak rasa manis sikit boleh letak sunquick or ribena. 
 Sebelum minum uoollss baca bismillah dan selawat. :)

Uoollss nak taw collagen nie pown boleh buat masker.  Hah, ada penjimatan di situ yea. I loikeee!!


Masker with pure marine collagen :

~ Cuci muka uollss 2-3 kali supaya pori - pori muka terbuka luas dan seluasnya.
~ Kemudian, uoollss ambil sedikit collagen dan sapu rata pada muka uoolllss.  ( seminnggu 2-3 kali ) 
~ Biarkan ia kering  dalam masa 15-30 minit. 
~Sesudah kering masker tersebut, cuci muka dengan bersih. Tak perlu guna pencuci muk taw uoolllss. Nanti, kulit muka akan terasa lebih tegang.



~Perhatian.. Perhatian.. Ada pengumuman untuk uollss.~
* Elakkan minum kopi, nescafe atau sebarang minuman yang mengandungi kandungan kafein kerana semua tue boleh menyerap dan membuang vitamin C, collagen serta gluthathione (agen pencerah ) dalam badan kita nie taw. Nak minum boleh tapi selepas 1 jam pengambilan collagen.

*Banyakkan minum air kosong uoolllss baru la kulit jadi halus dan mulus.



Siapa yang boleh makan pure marine collagen nie?

Orang yang nak kulit dia sihat dan cantik. Uoollss semua nak kan?? hihi
~ Para mama preggy. Kulit bayi akan jadi cantik dan halus. Tetapi, hanya untuk kandungan 4 bulan ke atas sahaja taw.. taw..
~Para wanita yang inginkan tenaga lebih.
~ Kanak - kanak yang berumur 4 tahun ke atas.
~ Bagi ibu - ibu yang baru lepas bersalin, tidak digalakkan mengambil collagen sehingga 2 bulan selepas bersalin baru boleh consume collagen.


This is me without any compact powder, powder johnson and so on, foundation, BB cream and also non edited picture. Non edit yea uoolllsss.  



Fiza dah amalkan collagen 3 bulan setengah dan hasilnya alhamdulillah. Save money now to buy compact powder and make up..  ^__^



Hi..hi..Hi... 

Berita hangat dan panazz..

Fiza ada menjual pure marine collagen taw uolllss
1 packet rm 25 which is 1/2 kg (not including postage).

Fiza dan family dah nampak hasilnya. Uoollss bila lagi?

untuk order, uoolllss boleh email ke nur.hafizah.bustami@gmail.com


Selamat membaca. Assalamualaikum :)