Assalamualaikum dan hi pembaca setia blog fiza ♥.
baru-baru ini fiza dapat email dari silent reader fiza which was form 4 minta nasihat tentang cinta dan kecewa.. adik A ( bukan nama sebenar) nie baru putus cinta dengan bf dia. Adik A ( bukan nama sebenar) putus asa dan nak berhenti dari sekolah.
Bagi fiza, rasa kecewa
atau kesal memang ada pada setiap orang. Bagi remaja,perasaan ini memang sudah
sinonim.Masalah keluarga,putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara
punca utama.Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’kecewa, ramai yang
sukar untuk mengikisnya.
Berasa
kecewa atau kesal adalah normal,malah uols boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika
tidak pernah berasa tidak kecewa sepanjang hidup!
Bagaimanapun,jangan
biar ini menguasai diri hingga mendorong uols bertindak di luar dugaan dan
mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.
Sebagai
remaja,uols perlu mengharunginya dengan matang.Cuba belajar untuk mengubati
kekecewaan.Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita
yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.
fiza ada beberapa tips nak kongsi dengan uols untuk mengubati penyakit "Kecewa" yang sering uols hadapi:
1.TERIMA KENYATAAN
Kita hanya mampu
merancang,Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia,kita tidak boleh menentukan
kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Illahi. Apa
yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita
bernasib baik,tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa
itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan
redha kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih
berhati-hati dan menjadikan kita insaf.
2.BERFIKIR
Senaraikan pro dan kontra apabila uols membuat
sesuatu keputusan supaya uols tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku
perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan uols akan
dapat mengatasinya sendiri. Yeppi
3.BERFIKIRAN POSITIF
Cuba uols kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan
yang uols miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam uols. Memang sukar
untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan,sebaliknya
tumpukan kepada perkara positif yang pernah uols lakukan dalam hidup. Ia pasti
banyak membantu apabila uols berdepan rasa kecewa.
4.LUAHKANNYA
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia
boleh memakan diri. Kesannya uols boleh mendapat kemurungan dan tekanan(stress). bahaya nie kawan - kawan yang fiza sayang.
5.BERI TUMPUAN PADA HIDUP
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat yang
diinginkan.Apabila uols mempunyai fokus,segala cabaran dan rintangan boleh
dihadapi dengan mudah. Apa yang penting,jangan biarkan perkara remeh menghantui
uols taw sehingga membuatkan uols kecewa.
Wahai rakan - rakan yang fiza sayangi, fiza ada sedikit nasihat buat uols Percaya dan yakinlah bahawa pasti akan datang kesenangan bagi setiap kesukaran yang ditempuhi sebagaimana Allah mengulangi sebanyak dua kali dalam surah al-Inshirah ayat kelima dan keenam yang bermaksud: "Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan."
Terima Kasih si cantik dan si hensem kerana sudi baca.. ^__^
Hahha. Betul tu kak ! Kita perlu terima kenyataan dan berfikir sebaik-baiknya. Lagipun berbaloi ke berkorban untuk orang yang tak hargai kita? Thanks for the tips. :)
ReplyDeletekebenyakan ujian memerlukan sakitnya hati, bimbang, buang duit, buang masa....God juz want to know how we deal with it :D
ReplyDelete