My Hero

Assalamualaikum dan hi my readers .  
Selamat pagi :)
ada yang dah bangun ke??
selamat menunaikan solat subuh kawan - kawan =D

Fiza nak tanya kawan - kawan fiza yang cantik serta hensem nie.. anda tahu tak tentang ayah anda??

Mari kita bercerita kawan - kawan 

Selama ini, tempat bermanja fiza dengan mama..  Apa sahaja perkara semua dengan mama.  Lama kelamaan bila tengok kawan - kawan di sekolah mereka bermanja dengan ayah mereka tapi fiza faham bahawa ayah fiza sibuk bekerja demi mencari rezeki buat kami sekeluarga. 

 Adakah kita tahu tentang seorang ayah??

Mungkin mama lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan mama untuk menelefon kita?

Semasa kecil, mama lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke universiti atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan itu dan ini untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kita berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.
 

ayah, anak mu Nur Hafizah, Mohd Kamal, Hanisah & Zahirah sangat - sangat menyayangi ayah.



You are my Hero ayah :)


i miss u T___T

terima kasih cantik dan hensem kerana sudi baca 


5 comments:

  1. serius sedih bace entri ni :(

    ReplyDelete
  2. entry yg bagus..rasa makin syg kt ayah..anyway dh follow blog awk..best blog nie

    ReplyDelete
  3. nurpiska sgt sedih kan??Rasa rindu dekat ayah :( saya jauh x dapat sediakn awk tisu..

    ReplyDelete
  4. kumbang jingga : thnx awak.. kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa :) thnx once again :)

    ReplyDelete