Holla 2014!!


Assalamualaikum si cantiks serta si hensems    

Rasanya masih belum terlambat lagi fiza nak ucapkan selamat tahun baru dekat uolllss. 


"Selamat Tahun Baru 2014 kawan-kawan fiza yang ohsem dan gojes dan hensem".

 Pantas sungguh masa itu berjalan.  Pejam celik pejam celik dah 2014 dan nie pun dah nak masuk penghujung bulan Januari.. Allahuakbar, masa berlalu tanpa kita sedari.


Maaf seribu dipinta, belog asyik lambat hupdate jew.. Almaklumlah ada insetagram..di situ je lah hari-hari fiza hupdate.. Senang dan mudah di insetagram tue.. Point utama bukan sebab insetagram taw, disebabkan fiza tahun lepas sibuk uruskan event amal terbesar yang julung kali dibuat di universiti fiza dan juga exam yang baru juga berakhir tahun nie.

Jom pija recall balik what happened on 2013:)


~ Internship life




Nampak tak nama di belakang tue?? Situ lah company pija kutip segala ilmu - ilmu tentang dunia logistik. It was my 1st internship and seriously very fun and full of knowledge i got.

 With ummi merangkap p.a for my boss mr.Chow..





my work station.


~ Finish my Industrial Training




Finally, finish my industrial training and yeay waiting for graduation for Diploma in Industrial Logistic anddd long break for me. :)

~ Featured in magazine






Alhamdulillah both in majalah Hijabista.

~ Family trip to Indonesia



Memandangkan adik lelaki SPM dan adik ke 3 PMR jadi kami bercadang pergi bercuti tempat yang dekat sahaja.  Masa tue di Jakarta, entah sebab apa gembira semacam...hahaha



Siapa datang ke Jakarta tak singgah sini memang rugi.. Tak silap tahun nie nak buka di Malaysia tapi tak tahu bila.. Heaven sangat-sangat..




Kalau ke bandung tak singgah sini memang tak sah.. Trans Studio Bandung.. Seronok banget..

~ Memulakan Perniagaan



Sebenarnya fiza dah lama amalkan shaklee semenjak umur 5 tahun kemudian darjah 6 stop tak tahu sebab apa. Dulu ayah member tapi sekarang anaknya pula..hihi..  Sebelum nie, search juga supplement apa bagus untuk skin.  Yelah fiza student so nak beli supplement beratus - ratus ringgit tue memang tak mampu la so jejak kasih semula dengan shaklee dapat la bajet set for skincare.. and now,  memulakan perniagaan with Shaklee dan Alhamdulillah dapat income yang tak disangka. Syukur Alhamdulillah dan berterima kasih sangat-sangat dekat mentor kak hani yang banyak mengajar fiza.  Sesiapa nak beli Shaklee tue boleh la watsapp or email kita taw.  *promote sat.


~ Aidilfitri bersama keluarga




Alhamdulillah dapat juga merasa berpuasa dan menyambut lebaran bersama keluarga tercinta.  Alhamdulillah



Rumah terbuka.  Bersama rakan-rakan pejabat sewaktu Intern. Uollss the best.


~ Bermula kisah hidup sebagai Pelajar Ijazah





Alhamdulillah, sambung belajar lagi ke peringkat Ijazah dalam bidang Industri Logistik.  Alhamdulillah dipertemukan kawan-kawan baru dan diberi tanggungjawab dalam event terbesar UniKL MITEC.  Doakan fiza dapat habiskan pengajian dengan jayanya kawan - kawan.

Bersama adik 'Izzatul Hazwani.. Dia nie super duper best.  Dia nie fiza dah anggap adik dah.. Cerita tentang Zatul nantilah kita story morry yea. :)

~ Convocation Diploma in Industrial Logistic

Alhamdulillah untuk pengakhiran 3 tahun berjuang dalam Diploma.  Such a beautiful ending.  Terima kasih yang tidak terhingga yang fiza sendiri tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata buat mama ayah tercinta, adik beradik fiza, si dia, Para Pensyarah, serta kawan-kawan tercinta.  Syukur Alhamdulillah for this.  Im gonna fight for Bachelor in Honours. In shaa Allah. 

~SADAQA & Carnival We Love We Care 2013



Event  di bawah naungan bonda Pn Jimisiah dan diketuai oleh Mohd Ikhmal Fikri Alhamdulillah berjaya mencapai target yang diinginkan.  Syukur Alhamdulillah kepada semua rakan-rakan Batch September 2013 kerana menjayakan event ini. Uoollsss memang the best.


Basically, 2013 punya cerita Intern life, student life, family & travel.  2013 banyak perkara mengajar fiza dari baik buruk, tangisan, gembira, tawa, patah hati dan lain - lain.  Fiza tak pernah menyesal lalui semua itu, fiza anggap semua tue pengalaman hidup buat fiza dan gembira sangat bertemu dengan orang - orang baru.   Fiza mengharapkan di tahun 2014 nie dapat menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.  Umur pun semakin meningkat.  Semoga Allah ampunkan segala dosa fiza dan dikesempatan ini juga fiza meminta ampun dan maaf dari rakan-rakan yang fiza kenal ataupun tidak.  May we all become a better slave to Allah and umat of our beloved prophet Muhammad SAW.


" Starting all over again is not that bad, .. because when you restart, you get another chance to make things right".

Thank you for reading this entry!!!

Fiza sayang uoolls!!