Cantik bersama Perfect Sunscreen & Flawless Foundation Cosmoderm



Assalamualaikum my lovely, beautiful and handsome friends  

Apa khabar semua? Uolllss buat apa hujung minggu nie??
Hari ini nak share beauty product dengan uoolllss..  Produk yang terbaik harus dikongsi dengan uolllss. Right??? :)

 Pertama kali pandang Perfect Sunscreen dari Cosmoderm ini terus jatuh cinta pandang pertama. Awww.. 

Fiza perkenalkan Perfect Sunscreen + Flawless Foundation dari Cosmoderm yang super duper ohsem uolllsss. 

Dah banyak foundation yang fiza guna tapi from Cosmoderm jugak the best ever forever...  Sebenarnya fiza dah bersama dengan Cosmoderm dah setahun lebih dan fiza suka sangat - sangat dengan Cosmoderm.  Orang lelaki pun boleh guna taw tak semestinya perempuan jew.

Fiza tunjukkan before and after fiza gunakan perfect sunscreen + flawless foundation dari cosmoderm.


Fiza gunakan code 03 Natural Beige *No edited/ camera 360


Uolllss nak pilih code pastikan letak di tangan dulu ya untuk mengetahui code warna yang sesuai dengan uolllss.

Seee, the benefit of using Perfect Sunscreen + Flawless Foundation from Cosmoderm. Best among the best!!!

Kenapa fiza memilih Perfect Sunscreen + Flawless Foundation dari Cosmoderm :
~tekstur yang ringan dan lembut.
~mempunyai 500 I.U Vitamin E
~ Pudarkan Parut jerawat yang datang sewaktu cuti.
~ Bagi fiza guna hari - hari pun tak apa sebab ia tidak memudaratkan kulit muka kita.
~ Dapat melambatkan kulit daripada proses penuaan secara semulajadi.
~ Sekatakan kulit akibat dari sunburn.
~ Bila nak amik wudhu senang dicuci.



This is me bila keluar berjalan or ke kelas. Fiza cuma pakai ~
* moisturizer cosmoderm
*perfect sunscreen cosmoderm
*eyebrow
*eyeliner
*lip balm or lip tint

Tak sampai 10 minit pun siap. :)
* Tiada edit/ camera 360



I love Cosmoderm.



Pada yang nak dapatkan perfect sunscreen yang super duper ohsem nie, uolllss boleh terjah ke Guardian/ Apex Pharmacy/Vitacare ataupun dealer - dealer Cosmoderm. Harga sangat - sangat berbaloi RM29.90 sahaja uolllss.

 Uolllss boleh refer di sini 


atau


bagi yang ingin beli online boleh terjah website Cosmoderm terus. 
Senang dan mudah as 1,2 & 3



PENGUMUMAN BAGI YANG BERADA DI KL & SELANGOR



Temui team Cosmoderm pada 2 Okt - 6 Okt 2013 di MIECC Seri Kembangan, Selangor.
Ada diskaun yang terbaik buat uolllss semua. Mai jangan tak mai taw!!!!

P/S: Sebelum keluar harus memakai Sunscreen Cosmoderm SPF 35++

Selamat mencuba & selamat membaca :)

Mandian Susu bersama Dove




Assalamualaikum  dan Selamat Hari Malaysia  kepada si cantik serta si tampan 

Apa khabar uollss? tengah buat apa petang nie??  Fiza baru lepas ambil order shaklee. Alhamdulillah semakin banyak order. *Fiza Promosi jap..hihihi..   Tetiba rasa nak share dengan uollss tentang mandian susu Dove.

Sebenarnya, sebelum nie fiza pernah menggunakan losyen badan dove dan ternyata ianya sangat - sangat berkesan dan membuat kulit badan fiza menjadi lembap.  Dan sekali lagi, produk Dove membuat fiza jatuh cinta dengannya lagi.  Fiza always put honest opinion on beauty produk sebab produk- produk tersebut bekerja di kulit fiza.

Secara jujur fiza kata, perkara yang selalu kita buat tue la yang dipandang remeh.  Kalau kulit muka memang rajin sangat - sangat dan pastikan ianya lembap tapi kulit badan, ambil sabun sental satu badan dengan apa - apa sabun sehingga kulit kering. Kulit kering tenyeh dengan losyen.. Ish Ish Ish..



Perkenalkan Dove Nourishing Body Wash.


Dove Nourishing Body Wash yang baru ini  hadir dengan formula NutriumMoisture yang telah dirumuskan.  NutriumMoisture adalah formula yang sangat unik.  Ianya menggabungkan bahan pelembab dan bahan nutrisi dalam sabun mandi yang dapat mengembalikan nutrisi kulit sehingga mengurangi kerosakan kulit kita sewaktu mandi.  Jadi kulit kita bukan sahaja bersih malah  terjaga kelembabannya serta terasa halus mulus, lembut dan merawat kecantikan kulit dalam jangka masa yang panjang.  

Sangat - sangat penting bagi kita ialah cara mandian yang betul serta memilih sabun mandi yang mempunyai formula pelembap.  


   Yang merisaukan fiza apabila melakukan aktiviti seharian seperti ke kuliah atau ke pejabat atau keluar berjalan - jalan, di mana cuaca yang tidak menentu serta ke tempat yang berhawa dingin. 
 Dan disebabkan itu, fiza memerlukan produk yang dapat menjaga kelembapan kulit badan.  Tak lupa juga dengan meminum air masak yang secukupnya. 

 Uoollls pun tak nak kan kulit kering dan rosak seperti gambar di bawah nie kan?




Dove Nourishing Body Wash terdiri daripada 3 jenis iaitu:
~ Deeply Nourishing 
~ Revive (pomegranate dan verbena scent)
~ Fresh Touch (cucumber dan tea tree scent)



Fiza dah mencuba Deeply Nourishing dan sekarang tengah menggunakan Revive.  Sangat memuaskan hati fiza. Kulit fiza sangat lembut. Ditambah lagi guna mandian dove dan losyen badan vitamin e losyen digabungkan dengan rosehip oil daripada cosmoderm membuatkan kulit  fiza sangat lembut.


Dengan terhasilnya formula NutriumMoisture, semoga lipid dan protein kulit sentiasa terjaga. Jadi tiada lagi kulit kering selepas ini.


p/s: Jangan sental badan lama - lama taw. Nanti kulit akan jadi kering. Maksima mandi 10-15 minit sahaja.

Sampai di sini sahaja si cantik dan si hensem.

Bye!