Assalamualaikum si cantik, si gojes serta si tampan ♥
Herlow...Herlow..Herlow.. How are you??
Hari nie fiza nak share dengan uollss tentang khasiat Garam Bukit. Memandangkan ramai dah bertanya dengan fiza.
Uollss tahu tak apa khasiat garam bukit?? Garam bukit bukan sahaja terdapat dalam masakan tetapi pada lampu serta mandian juga. Keluarga fiza telah mengamalkan garam bukit lebih dari setahun. Alhamdulillah berkesan..
Mari fiza ceritakan tentang garam bukit untuk mandian. Terdapat dua, satu untuk mandian biasa dan satu lagi dalam bentuk scrub. Salah satu yang menarik perhatian fiza dan membuatkan fiza ingin meneruskan pengamalan penggunaan garam bukit kerana ia dapat membantu meningkatkan aura dan juga potensi diri.
How?? Garam bukit ini antara rahsia alam yang mempunyai tenaga. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan yang memerangkap gelombang tersebut dengan cara yang berbeza. Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tapi bukan garam laut tahu, garam bukit. Ini kerana garam bukit tidak disukai jin dan syaitan.
Fiza menggunakan scrub.
Antara kelebihan menggunakan garam bukit ialah :
~ Memperbaiki aura dan meningkatkan potensi diri.
~ Memperbaiki aura dan meningkatkan potensi diri.
~ Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semula jadi.
~ Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan tubuh badan.
~ Membuang kekotoran, toksin dan sel-sel kulit mati.
~ Melancarkan peredaran darah serta menenangkan fikiran.
~ Merawat masalah kulit seperti jerawat dan parut.
~ Menggunakan bahan semulajadi.
Sesungguhnya, penggunaannya cuma sebagai amalan yang berasas dan bersandarkan fakta. Jangan hingga kita taksub dan jadikan kepercayaan. Kita berusaha dan cuma yakin kepada Allah. Betulkan niat kita.
Flavour honey & apple blossom aroma..
Sangat jimat menggunakan magic salt scrub kerana bukan guna dalam kuantiti yang banyak, hanya menggunakan sedikit sahaja. ( RM39 )
Uoollss tahu tak, penggunaan alat perkakasan eletrik seharian seperti komputer, televisyen, radio, penyaman udara dan sebagainya boleh menjejaskan tahap kualiti udara dan persekitaran uoollss. Lebihan ion positif yang dihasilkan telah menyebabkan kekurangan udara segar ianya boleh mejejaskan kesihatan dan emosi dan fizikal.
Untuk mengembalikan keseimbangan ion negatif amat penting untuk mempertingkatan kualiti udara.
Kajian dari saintifik Institut Penyelidikan Bio-Fizikal Jerman mendapati pelepasan haba daripada batu garam kristal mampu memulihkan kualiti udara. Garam adalah bersifat semulajadi (neutral). Permukaan garam akan menyerap lambangan dari udara. Apabila dipanaskan ia akan melepaskan semula zarah-zarah ion negatif ke udara. Ion-ion negatif akan membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.
Lampu garam gunung merupakan langkah alternatif untuk membersihkan udara pada masa kini dan penggunaanya begitu meluas pada masa kini.
Fungsi lampu garam bukit ialah :
~Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
~ Megurangkan pencemaran udara.
~ Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma.
~ Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria.
~Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah.
~ Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
~ Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema.
~ Meningkatkan tahap produktiviti kerja.
~ Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
~ Mengurangkan perasaan cemas atau bedebar-debar.
~ Memberi ketenagaan rohani dan kushuk sewaktu solat atau beribadat.
Lokasi yang sesuai untuk uoollss meletakkan lampu garam ialah :
* Tepi Katil atau ruang Tamu
* Pejabat
* Bilik Bacaan atau Persendirian
* Bilik Rawatan atau Terapi
* Pejabat
* Bilik Bacaan atau Persendirian
* Bilik Rawatan atau Terapi
Cara Penjagaan - Letakkan ditempat yang kering dan jauhkan dari kelembapan atau di luar rumah. Haba dan kehangatan cahaya lampu itu boleh mengeringkan. Yang paling penting uoolss, ianya juga selamat digunakan di bilik bayi.
Selamat membaca & selamat mencuba uoollss.