Jummah Mubarak

Assalamualaikum si cantik dan si hensem 

apa khabar? alhamdulillah dipertemukan lagi kita semua pada hari yang begitu mulia hari ini.

Sekadar perkongsian bersama rakan - rakan fiza yang cantik dan hensem ini.

~Jumaat Penghulu Segala Hari ~



Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
(al-Bukhari)

Huraian :
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.

2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.

3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.

4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.


Terima kasih si cantik dan si hensem sudi baca ^__^

Cinta di Madinah ~ entry bergambar

Assalamualaikum si cantik dan si hensem 

apa khabar semua? fiza alhamdulillah sihat .. 
Maaf  kawan - kawan fiza yang cantik dan hensem. Fiza sepatutnya hupdate entry fiza nie pada hari isnin lepas tapi disebabkan masalah teknikal terpaksa hupdate kemudian.

I'm so soorrryyy :( denda lahhh si penulis nie taw!! 

Berbalik kepada tajuk entry kita pada hari yang mulia ini, alhamdulillah bersyukur sangat - sangat dapat menjejakkan  kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah niat fiza tercapai menjejakkan kaki ke sana bersama keluarga tercinta.. Alhamdulillah Ya Allah.

2 jun 2012, kami sekeluarga berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.. Alhamdulillah perjalanan ke sana dipermudahkan olehNya.. Madinah dahulu dan seterusnya ke kota Mekah.

Alhamdulillah syukur tak terhingga.. 

Bagi fiza, setiap saat amat bermakna buat fiza sekeluarga di sana.  Terasa diri ini begitu dekat dengan Allah SWT dan setiap titisan air mata yang jatuh diiringi dengan doa amat berbeza sekali perasaannya.  

Fiza tak celoteh panjang di sini, tapi biarlah gambar sahaja yang menceritakan cinta fiza dan sekeluarga di Madinah. Insyaallah.




Sebelum berlepas :)


Bersama adik tercinta


Alhamdulillah, setelah berjam - jam  di dalam kapal, semua jemaah selamat tiba.


Airport 


Menginap di Royal Dyar sewaktu di Madinah.


Menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi

SubhanAllah, cantik sungguh





Tempat makan dia sangat menarik


I love this one!!


Bersama adik tercinta breakfast


Banyaknya jubah


ayah bersama adik 


Hotel Bahauddin 


Kebab



Berehat sebentar



di Masjid Quba.  Masjid Quba adalah masjid yang pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW sewaktu peristiwa hijrah.


Mutawwif yang sangat sporting.. Terima kasih ustaz Talha atas didikan dan tunjuk ajar.

p/s : pedulikan mata saya yang bengkak itu..hikhik

Menuju ke lokasi seterusnya.




Di Jabal Uhud


Kurma.. Kurma..






Jom ke destinasi seterusnya 


ladang kurma



Sangat murah disini


Kurma dengan coklat


Kurma


Fiza dengan adik








alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah masjid nabawi.


40M dari hotel kami menginap ke Masjid Nabawi



Burung Merpati


Menara Jam

 

Sungguh tenang



Syukur alhamdulillah kali pertama jejakkan kaki kami semua dapat buat solat sunat di Raudhah.  Ketika itu melawat makam Rasulullah SAW serta para sahabat.  Walaupun begitu sesak dan bertolak - tolakan sewaktu ingin menunaikan solat sunat, alhamdulillah dipermudahkanNya untuk melakukan solat sunat di Raudhah.


 



Suasana di Madinah

Capture by M.K.B



Di depan Masjid Nabawi

Alhamdulillah selesai sewaktu di Madinah.. Insyaallah entry akan datang di kota Mekah..

Terima kasih  wahai si cantik dan si hensem sudi melihat gambar - gambar yang tak seberapa ini =)