Senarai Kesyukuran

Setiap orang mempunyai senarai kesyukuran sendiri termasuk lah diri saya.


Mari saya kongsikan bersama rakan - rakan senarai kesyukuran saya.



SENARAI KESYUKURAN NUR HAFIZAH

1. Saya bersyukur saya dilahirkan di dalam keluarga Islam.. Alhamdulillah 

2. Saya bersyukur saya dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang sempurna mental dan fizikal.

3. Saya bersyukur saya dah timba banyak pengalaman ketika di usia muda.

4. Saya bersyukur mama memberi nama nur dan ayah memberi nama hafizah.

5. Saya bersyukur benda yang selalu saya masak boleh dimakan.

6. Saya bersyukur saya pernah bekerja di Petrosains walaupun selama 6 bulan setengah sebelum masuk ke universiti dan bersama kakitangan yang sangat-sangat sporting dan baik. Siap belanja saya makan lagi.

7. Saya bersyukur walaupun saya jarang post entri baru tapi rakan - rakan masih membaca entri saya. sob sob sob 

8. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi mengeluarkan toksin.

9. Saya bersyukur saya seorang perempuan. 

10. Saya bersyukur fashion sense saya at least masih boleh digunakan.

11.  Saya bersyukur mama dan ayah rajin layan karenah saya. =D

12. Saya bersyukr saya mempunyai rambut yang sihat dan diingini oleh masyarakat di luar sana.

13. Saya bersyukur saya reti menghargai makanan dan mampu makan tanpa risau berat badan. 

14.  Saya bersyukur dengan tubuh badan yang saya miliki.

15. Saya bersyukur walaupun saya suka menyakat adik-adik saya tetapi mereka masih mencari saya untuk bermain bersama mereka.

16.  Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah baling buku saya ke luar kelas sehingga boleh buat saya membenci alam persekolahan.

17. Saya bersyukur saya mempunyai banyak cikgu yang saya rapat di alam persekolahan.

18. Saya bersyukur mempunyai pensyarah yang baik di Unikl Mitec.

19. Saya bersyukur mama selalu membuat masakan yang baru dan kami 4 beradik sangat - sangat suka.

20. Saya bersyukur ada rakan - rakan yang boleh menemani saya chit chat pada waktu tengah malam pabila saya tak dapat melelapkan mata.

21. Saya bersyukur mempunyai seorang ayah yang sporting dan selalu memberi nasihat kepada anak - anak mereka.

22. Saya bersyukur walaupun saya tidak cantik tetapi apabila diambil gambar ada angle di muka saya yang boleh dipakai.

23. Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan menjadi warga negara Malaysia.

24. Saya bersyukur saya seorang yang pemaaf.

25. Saya bersyukur ramai yang masih membaca pembebelan saya di dalam blog ini.

26. Saya bersyukur mempunyai seorang adik lelaki yang ambil berat tentang kakak dia.

27. Saya bersyukur saya mempunyai tempat untuk berkongsi suka duka saya.

28. Saya bersyukur walaupun saya sering digigit oleh mr. Nyamuk,  tetapi saya tidak mengidap demam denggi.

29.  Saya bersyukur ayah belum/tidak kahwin empat.

30. Saya bersyukur mama hias bilik tidur hanisah dan zahirah sangat cantik n girlish macam saya idam masa kecil dulu.

31. Saya bersyukur Allah letakkan ketakutan dalam diri saya.

32. Saya bersyukur akan kewujudan Mohd Fared bin Azman dalam hidup saya.

33. Saya bersyukur duduk di kawasan perumahan yang berbilang kaum.

34. Saya bersyukur di blok asrama saya semua sporting.

35. Saya bersyukur Hanisah dan Zahirah masih bermanja dengan saya.

36. Saya bersyukur umur saya 19 tahun. tahun depan 20? @@

37. Saya bersyukur saya kini berada di semester 3 untuk diploma.

38. Saya bersyukur mempunyai kakak - kakak yang baik. - Siti Muzdalifah, Norfasihah Muhammad, Nur Afieka, Hanis Mastura, Suhaila Che Omar, Nur Hidayah, kak Zah dan ramai lagi.

39. Saya bersyukur mama dan ayah membenarkan saya bekerja ketika cuti sementara menunggu keputusan SPM.

40. Saya bersyukur jerawat selalu tumbuh di dahi dan pipi tapi tidak di badan.

41. Saya bersyukur adik - adik masih lagi berkongsi masalah sekolah mereka kepada saya.

42. Saya bersyukur kerana saya mempunyai bakat untuk menari.

43. Saya bersyukur kerana mama adalah seorang yang gigih berusaha dalam pekerjaannya.

44. Saya bersyukur setiap masakan mama pasti saya akan tambah lagi.

45. Saya bersyukur saya ini merupakan seorang yang ulat buku.

46. Saya bersyukur dengan diri saya sendiri.

47. Saya bersyukur seketika dulu saya sempat merasai kasih sayang seorang abang. sekarang abang dah pergi T_T

48. Saya bersyukur saya dan adik - beradik menyayangi mama dan ayah.

49. Saya bersyukur ada 3 adik - beradik dan dapat melancong dengan begitu meriah bersama keluarga.

50. Saya bersyukur saya selalu bersyukur.

51. Saya bersyukur mempunyai roomate yang baik.

52. Saya bersyukur mempunyai rakan - rakan kelas diploma yang sangat baik dan sporting.

53. Saya bersyukur Mohd Fared bin Azman seorang yang baik.

54. Saya bersyukur mama dan ayah membenarkan saya terlibat dalam dunia modelling dan pengiklanan. 

55. Saya bersyukur kerana saya pandai memasak.

56. Saya bersyukur mempunyai rakan yang kelakar seperti shahril reza,  syed,  jannah, farah dan lain - lain.


57. Saya bersyukur mempunyai rakan seperti nurul huda, nurul ashikin dan muhammad akashah...sayang korang.

Saya bersyukur yang saya sebenarnya ada banyak lagi senarai kesyukuran yang hendak saya tulis.

Andai kata saya diuji salah satu daripada nikmat di atas dan ditarik semula, saya bersyukur saya masih boleh berkata at least saya ada 57 perkara untuk disyukuri.



I love my tummy

Do you love your tummy??  Here we go Nestle Bliss Yogurt Drink 14 Days Challenge for good digestion. Why is it good? I have tried and it gave changes for my tummy. =D 


Nestle Bliss Yogurt Drink is the only yogurt drink in Malaysia that contain inulin ( fibre ) and live cultures.  When combined with the goodness of Live Cultures, Inulin helps to maintain a good digestive system and provides you the boost to take on challenges of the day.


Each serving of 200g contains:






 What is Inulin?   Inulin, a prebiotic, is a soluble dietary fibre that is non-digestible. This allows it to reach the large intestines completely intact where fermentation takes place. Inulin encourages the growth of good bacteria in our large intestines, resulting in improved gut health. For your benefit, the entire range of Nestle Bliss Yogurt drink now comes with the goodness of Inulin.



Live Cultures (Lactobacillus acidophilus, Bifidobacterium lactis and Streptococcus thermophilus) are considered probiotics. These are good bacteria that help maintain a good intestinal environment and subsequently improve degestion and absorption of vital nutrients from foods.

Now you can enjoy the goodness of both prebiotics and probiotics inside every Nestle Bliss Yogurt Drink.   It give you the delicious taste of your favorite yogurt drink improves your digestion.




So, what are you waiting for? try it now.


For a start, take on the Nestle Bliss Yogurt Drink challenge today and feel the difference. All you need is just two servings of Nestle Bliss Yogurt Drink daily for 14 days. 

I LOVE MY TUMMY =D

7 ciri - ciri orang yang berjaya

Assalamualaikum rakan - rakan..  Sebenarnya baru balik dari studio rakaman hari raya yang akan disiarkan pada Hari Raya pertama di Astro Ria.. Sambil tunggu rakaman itu bermula, Pak Nil @ Aznil Haji Nawawi menceritakan kisah - kisah orang yang berjaya...Walaupun sekejap sahaja tapi memberi makna kepada kita semua untuk direnungi bersama.. Insyaallah, saya pasti rakan - rakan pun boleh menjadi orang yang berjaya kan?


mari saya kongsikan 7 ciri - ciri orang yang berjaya





1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha.Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.


Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.


2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan.Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!


Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.


Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.


Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.


3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.


Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.


Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.


4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.


Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.


Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.


5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan.Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.


Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.


Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.


6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain.Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.


Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?


Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.


Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”


7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh.“Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan : Penakut tidak dapat apa-apa.

Terima kasih rakan - rakan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca 7 ciri - ciri orang yang berjaya.

Recipe and tips

Eika : fiza, nak recipe and tips.. bila nak bagi??

fiza : as soon as possible... finally today i give u darl....


Recipe and tips?? must all of you think that i will give cooking recipe and tips right? haha... Actually no.. It is "RECIPE FOR SUCCESS and 10 TIPS GROW HEALTHY".   Two thing that i should post last week but busy with final exam short semester.. 

RECIPE FOR SUCCESS

STEP 1 : Fill the bowl with going to class.

STEP 2 : Fold in 5 to 6 hours per day for studying.

STEP 3 : Mix 1 to 3 hours per week for club and organization.

STEP 4 : Add at least 3 hours per week for exercise and physical recreation.

STEP 5 : Blend in a healthy diet.

STEP 6 : Stir in a calendar book or journal book or your lovely diary.

STEP 7 : Mix well with 7 to 9 hours of lovely nightime sleep.

STEP 8 : Sprinkle with energy, motivation and desire to keep improving at whatever you do.

STEP 9 : Bake well with routine. 

Haaaa, itu baru resipi dia... sebentar lagi baru 10 tips sihat.... 


10 TIPS GROW HEALTHY

- Stay in  out of trouble.

- Aim for greater height. ( macam mana ya? )

- Stay focus. 

- Exercise to maintain good health.

- Practice teamwork.

- Rely on your trusted partner.

- Save for rainy day.

- Take time to relax.

- Always take time to smile. Dont be sad

- Realize that nothing is impossible.


Itu lah dia 10 tips..  =D