“Rilek the Café Johor Bharu, Café Konsep dalam Hotel. Macam-macam ada! “



Assalamualaikum kepada si cantik dan si tampan    

Phyzha nak share satu cafe yang terbaek di sekitar Johor Bharu nie.

Rilek the Cafe bertempat di Swiss –Inn Johor Bharu baru sahaja dibuka pada 16 Januari 2016 lebih kurang sebulan lebih yang lepas di mana ia terletak betul2 di tengah Bandar Johor Bharu.  Masih ramai lagi tak tahu di mana Rilek the Cafe, Swiss Inn.  Ia terletak berdekatan dengan bangunan KWSP, Wisma Persekutuan dan HQ IRDA Johor Bharu.

Swiss-inn, Johor Bharu  view waktu malam


Pertama kali menjejakkan kaki ke ruangan lobi hotel dan cafe ini, hiasan dalaman dan kebersihan restoran sangat mengagumkan.  Tak terkelip mata melihat suasana restoran tersebut.  Menurut encik Hakim, Pengurus untuk rilek the cafe memberitahu mereka menggunakan konsep santai untuk persekitaran dan dapur terbuka di tempat tersebut.






Rilek the Café boleh memuatkan sehingga 170 orang dalam satu masa. cafe santai berkonsepkan dapur terbuka yang diuruskan oleh encik hakim, encik shafie dan Chef Hebat iaitu Chef Hikmal Hisyam. Yang menarik perhatian kami ke sana ialah pelbagai jenis hidangan local dan antarabangsa  disediakan di café tersebut.

Disini turut menyajikan menu ala carte, serta hidangan dari sarapan pagi, tengah hari sehingga la ke makan malam.  Yang menarik perhatian kami, apa yang tiada dalam menu pun boleh request di café tersebut. Wowwww

Bagi hidangan makanan barat, Swiss Inn Deluxe Burger ialah menu favourite dan smoothies menjadi tumpuan pengunjung yang hadir.


Sarapan pagi seawal 6.30 pagi disediakan untuk inn house guest dan juga pengunjung dari luar. Untuk pengetahuan semua, sarapan di Rilek the Café serendah rm8 nett.  Wowwww dekat luar or hotel lain mana lah dapat dengan harga gtu.

Selain tue, Rilek the Café turut menyediakan semi buffet lunch bermula dari 12 tengah hari. Kakitangan kerajaan dan swasta yang berdekatan dengan Rilek the Café harus singgah ke sini. Harga tak mahal mana. RM25 sahaja. Dengar cerita ada juga special discount sehingga 31 march 2016. 


Manakala, buffet makan malam anda boleh menikmati bermula 6 petang sehingga 10.30 malam. Harganya pulak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, set 2 orang RM48 nett, set 4 orang RM88nett dan set 6 orang RM138nett. Bagi kami yang sememangnya food hunter di JB nie, harga di Rilek the Café sangat murah, worth it dan masakan yang totally fresh seakan masak di rumah. Seperti yang saya kata tadi, menu yg diberikan kalau nak tukar style masakan yang lain pun boleh. Best ke tak best???




Jangan risau jangan khuatir tentang menu yang bakal anda pilih Kerana Chef disini ialah Chef Hikmal Hisyam dan team memang awesome. Nak menu apa semua mereka boleh buat. Mereka beritahu awal2 bahawa makanan akan sampai lambat since mereka masak di situ dan kita sendiri boleh melihat mereka masak.

Rata-rata pengunjung yang makan di café ini member komen yang memuaskan hati. Bukan sahaja dari segi makanan, malah servis dan juga dekorasi café ini.

Ayuh kita lihat apa kata pengunjung yang makan di sini ::

Amira : makanan sedap dan harga sangat berpatutan. Yang paling sedap ikan siakap tueee.. Rasa x cukup jew seekor ikan tue untuk saya dan saya tak pernah lagi pergi ke kedai makan chef sendiri jumpa customer untuk feedback. Terbaik rilek the café.

Fazira : Since saya peminat western, burger kat sini totally sedap dan lain dari cafe2 yang pernah saya makan di sekitar Johor. I recommend korang semua makan kat Rilek the Café.

Mr.Lim : Saya first time datang, overall saya puas hati. My family pun suka. Saya tak sangka tue portion makanan sangat besar.

Pasangan husband &wife : kami suka suasana disini tenang dan mendamaikan.  Semua masakan fresh lagi2 seafood.


Wahhhh, baru dengan komen dari pengunjung pun rasa teruja apetah lagi yang membacanya??? Ye ke idak?? hihi

Servis Rilek the Café sangat bagus. Chef dan manager siap datang berjumpa dengan pelanggan tentang menu. Sebenarnya ini bagus bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka di masa akan datang.

Jom phyzha sajikan korang dengan gambar2.

Ikan siakap nie totally sedap n sangat fresh. Rindu nak makan nie lagi.

 Yang tiada dalam menu pun chef boleh masak.


Sampai 2 menu saya makan.

1.Char Kuey Teow with sirloin beef 
Akak bagi 5 bintang.

2. Oxtail Sizzling Soup
Soup nie sangat mengancam. Sekali makan pasti nak lagi dan lagi.


Milkshake dan Frappe sini sangat lah worth it sebab gelas besar.  Hanya RM16.00 


Untuk pengetahuan korang, tak lama lagi, Rilek the Café ada buat BBQ dinner.. Korang nak tahu lebih lanjut haruslah lelaju follow mereka di instagram taw...


Alamat :
  Lot 512, Mohd Mufti,,, Jalan Syed Mohamed Mufti, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi :
Weekday : 6.30am to 11.00pm
Weekends : 6.30am to 1.00am

Status :
HALAL

No Tel :
017-2835226
011-28926066

Facebook :

Instagram :
@rilekthecafe


Terima kasih Rilek the Cafe & Swiss-Inn Johor Bharu kerana menjemput kami. Phyzha s dan teman-teman sangat happy.




Terima kasih sudi baca. :)